FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mantapkan Sistem Kesihatan Negara, Perkhidmatan Berkualiti


 


 March 7th, 2023  |  08:14 AM  |   150 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah menjelaskan, keutamaan akan terus diberikan ke arah mengukuhkan dan memantapkan lagi sistem kesihatan negara untuk lebih 'resilience', efisien, berkesan (efektif) dan dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

 

Ini termasuk memastikan pembangunan tenaga kerja dalam pelbagai disiplin profesional kesihatan yang berkemahiran serta tenaga kerja kesihatan sentiasa mencukupi dengan situasi semasa.

 

Terdahulu, Yang Berhormat menjelaskan, dari aspek pengawalan penularan wabak COVID-19, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah BND798 juta setakat ini secara keseluruhannya untuk menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.

 

Antaranya bagi membiayai pembelian mesin perubatan seperti Mesin Respiratory dan ICU Ventilator, peralatan ujian termasuk RT-PCR Kit dan Viral RNA Extraction Kit, pembekalan ubat-ubatan vaksin dan penambahan kapasiti sistem BruHealth, barangan guna habis dan keperluan lain.

 

“Hari ini, beberapa inisiatif telah dilaksanakan bagi mendukung usaha untuk mengukuhkan lagi sistem kesihatan negara termasuklah pihak Kementerian Kesihatan bersama syarikat teknologi Evette telah melancarkan Intelligence Hub yang akan menempatkan 'epidemic intelligence' dan 'response unit' di mana ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan daya tahan ekosistem penjagaan kesihatan di negara ini," ujar Yang Berhormat semasa Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, hari ini.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, usaha sama tersebut telah melibatkan pelaburan sebanyak BND51 juta iaitu termasuk bagi penubuhan Intelligence Hub dan pembangunan aplikasi BruHealth.

 

Penubuhan Jerudong Park Medical Centre College of Health Sciences (JCHS) oleh Jerudong Park Medical Centre (JPMC) bersama Far Eastern University daripada Republic Filipina, penubuhan college tersebut bertujuan menghasilkan warga tempatan yang profesional dan berkemahiran tinggi dalam sektor penjagaan kesihatan bagi mencukupi keperluan negara.

 

Yang Berhormat mengongsikan, seramai 61 orang pelajar telah pun mengikuti program asasi bagi pengambilan petama untuk Tahun Akademik 2022 / 2023 yang telah bermula pada bulan Oktober 2022 lalu, manakala bagi pengambilan seterusnya iaitu pada Tahun Akademik 2023 / 2024 yang akan bermula pada bulan Ogos 2023 nanti, seramai 140 orang pelajar dijangka akan mengikuti kedua-dua program asasi dan ijazah.

 

Dari segi peluang pekerjaan pula khususnya jawatan-jawatan bukan akademik di JCHS tambah Yang Berhormat, sebanyak 12 jawatan telah diisikan oleh tenaga kerja tempatan dan sejumlah tersebut dijangka akan meningkat pada tahun-tahun yang akan datang.

 

Yang Berhormat menambah, beberapa peruntukan juga akan disediakan di bawah Sektor Kesihatan yang berkaitan dengan perkhidmatan rawatan dan perubatan iaitu pertama, sejumlah BND3 juta dengan harga rancangan BND39.8 juta akan terus disediakan di bawah RKN11 dalam menyediakan infrastruktur dan fasiliti-fasiliti kesihatan di daerah-daerah.

 

Seterusnya, kedua, sejumlah BND55 juta bagi pembelian ubat-ubatan dan BND45 juta bagi Pembekalan dan Perkhidmatan Perubatan; ketiga, sejumlah BND30 juta disediakan untuk membiayai Perkhidmatan Perubatan Rawatan di JPMC, Pusat Kanser Brunei dan Brunei Neuroscience, Stroke dan Rehabilitation centre dan keempat, sejumlah BND50 juta akan terus disediakan khusus untuk menangani wabak penyakit berjangkit.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41