FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Acara Keagamaan Semarakkan Malam Nisfu Syaaban


 


 March 8th, 2023  |  09:20 AM  |   124 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bulan Syaaban merupakan antara bulan Islam yang agung. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadis-hadis yang sahih.

 

Setiap 15 Syaaban, umat Islam di negara ini akan menyambut Nisfu Syaaban. Nisfu adalah perkataan Arab yang bermaksud 'pertengahan'. Malam Nisfu Syaaban merupakan salah satu malam yang penuh berkat, rahmat dan dimakbulkan doa-doa.

 

Dengan kelebihan dan keberkatan yang terdapat pada malam tersebut, umat Islam adalah digalakkan untuk menghidupkannya dengan memperbanyakkan amal ibadah dan zikir untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Sehubungan itu, acara menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Khas sempena Nisfu Syaaban, Tahun 1444 Hijrah telah diadakan hari ini bagi menghidupkan malam Nisfu Syaaban di negara ini.

 

Acara diadakan di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

 

Acara tersebut diisi dengan bacaan Surah Yaa Siin sebanyak tiga kali selepas menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib, dengan memohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar dipanjangkan umur dengan beramal ibadat kepada-Nya dan memohon agar dijauhkan daripada bala bencana serta memohon agar dimurahkan rezeki yang halal lagi bermanfaat.

 

Hadir di Masjid Omar 'Ali Saifuddien selaku tetamu khas ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

 

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan dari KHEU serta para jemaah masjid.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41