FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hasilkan Produk Tempatan Relevan, Tenaga Kerja Berdaya Maju


 


 March 8th, 2023  |  10:05 AM  |   140 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Belanjawan yang bertemakan 'Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur' dilihat akan memberikan kebaikan kepada semua pihak sektor kerajaan, sektor swasta dan rakyat serta penduduk Negara Brunei Darussalam kerana ia sejajar dengan inisiatif-inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan di dalam sektor swasta yang menyasarkan kepada mewujudkan kestabilan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bagi menuju Wawasan Brunei 2035.

 

Dalam pada itu, belanjawan ini juga menyasarkan usaha-usaha ke arah membina ekonomi berasaskan pengetahuan.

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah Lim Swee Ann menyatakan demikian dalam ucapannya semasa membahaskan mengenai Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023 / 2024 pada hari keempat Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat Awang Mohammad, perkara ini boleh dilaksanakan dengan jayanya ke arah memberi perhatian berat terhadap usaha-usaha yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi serta memberi fokus kepada bidang-bidang atau sektor yang mempunyai daya saing yang lebih kuat.

 

Yang Berhormat menambah, bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKMS) khususnya pengusaha Satu Kampung Satu Produk atau 1K1P hendaklah mengambil peluang ini untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti produk masing-masing agar sentiasa relevan dan 'marketable'.

 

Usaha dan inisiatif ini, jelas Yang Berhormat, telah digariskan dalam belanjawan melalui pembangunan modal insan yang dinamik, proaktif dan inovatif.

 

“Selain itu, usaha-usaha bagi menyediakan tenaga kerja tempatan yang berdaya maju agar sejajar dengan keperluan bidang pekerjaan dan industri semasa dan juga masa hadapan adalah usaha berterusan dari pihak Majlis Perancangan Tenaga Kerja Manusia dan Pekerjaan (MPEC) bersama pihak-pihak berkenaan dalam mewujudkan tenaga kerja tempatan yang employable dan marketable dengan menyediakan program-program i-Ready, SkillsPlus, SPIN dan Tradeskills.

 

“Sokongan dan dukungan daripada semua pihak adalah penting bagi merealisasikan belanjawan ini mencapai sasarannya. Pihak swasta dan NGO's berperanan sama-sama membantu dengan mengungkayahkan beberapa program yang berkaitan dari semasa ke semasa," terang Yang Berhormat Awang Mohammad.

 

Yang Berhormat juga yakin, ke arah mendukung pemulihan negara yang inklusif dan berdaya tahan seperti yang digariskan di dalam tema belanjawan, tumpuan ke arah menaik taraf kawasan-kawasan komersial yang sedia ada adalah penting bagi mengikut perubahan masa.

 

“Sehubungan dengan ini, kaola mengharapkan agar pelan transformasi dan kemajuan bagi kawasan zon komersial di Pekan Belait dan Pekan Seria diwujudkan bagi memastikan perniagaan di kawasan-kawasan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana atau PMKS agar sentiasa relevan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan masa kini," ujar Yang Berhormat mengakhiri ucapannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41