FacebookInstagramTwitterContact

 

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight           >>           Bilateral Meeting with the President           >>           Tete-a-Tete Meeting with the President           >>           State Welcoming Ceremony           >>           His Majesty Arrival           >>           Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkat Pelaburan Asing Dalam Memajukan Industri Pelancongan


 


 March 15th, 2023  |  08:28 AM  |   164 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin menjelaskan, bagi pembangunan di Daerah Temburong, melalui Autoriti Kemajuan Daerah Temburong mengenal pasti tiga kawasan fokus untuk dimajukan Tiga kawasan tersebut ialah, pertama, Kawasan Bangar iaitu mengukuhkan Pekan Bangar sebagai pusat menarik bukan sahaja pentadbiran utama tetapi menarik bagi pelancong-pelancong untuk melawat Pekan Bangar.

 

Kedua jelas Yang Berhormat, kawasan Labu yang mana kedua projek iaitu Dataran Labu (Labu Square) telah dikenal pasti sebagai satu tempat persinggahan di Daerah Temburong terdapat 'mixed-use development' seperti kemudahan rekreasi dan perusahaan Makanan dan Minuman (F&B); dan ketiga, Kawasan Batang Duri dan Ulu Temburong, di mana terdapat pelaburan langsung asing (FDI) daripada Singapura untuk memajukan Ulu-Ulu Temburong di sana.

 

“Di samping itu, tidak lupa juga pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mempunyai projek dibawah menaiktaraf bangunan Muzium Brunei dan ia akan menjadi 'one of the major attraction' yang akan menambah tempat-tempat menarik di negara ini," ujar Yang Berhormat semasa menjawab isu yang diusulkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim semasa Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung bagi hari kesembilan di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan seterusnya berkata, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dengan jawatankuasa penswastaan dan Public Private Partnership (PPP) serta Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan meningkatkan lagi usaha dalam menarik lebih banyak PPP yang mempunyai kesan yang ketara terhadap industri pelancongan.

 

“Di samping itu jua, akan bekerjasama dengan pihak Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dalam menarik lebih ramai lagi FDI untuk melabur dari segi tempat-tempat penginapan bertaraf antarabangsa dan juga tempat-tempat lokasi yang menarik untuk di 'develop' di negara ini," ujar Yang Berhormat.

 

Mengenai isu peladang belia jelas Yang Berhormat, Alhamdulillah sudah jadi 'target' kepada pihak KSSUP bahawa dengan penglibatan belia akan memastikan dan menjamin kemajuan industri sumber-sumber utama dan pelancongan kerana merekalah yang akan jadi 'backbone' dan juga sebagai ejen perubahan.

 

Berkenaan dengan promosi pelancongan tambah Yang Berhormat, strategi masa ini ialah 'mainly online' di mana promosi pelancongan ialah kebanyakannya pihak Jabatan Kemajuan Pelancongan memerhatikan bahawa impak terbesar kepada promosi dan kedatangan pelancong adalah melalui 'online', melalui mobile apps.

 

“Itu satu perkara yang masa ini pihak kementerian akan bekerjasama erat, bukan sahaja dengan pengusaha-pengusaha 'mobile apps' di Brunei malah juga seperti yang abiskaola 'mention' dalam mukadimah tadi bekerjasama dengan pihak macam Booking.com, Tripadvisor, Expedia dan juga ada lagi 'apps' yang lain untuk memastikan bahawa Brunei ini tidak ketinggalan dari segi mempromosikan sebagai satu destinasi pelancongan yang menarik di rantau ini," ujar Yang Berhormat.

 

Sementara itu, mengenai isu kemasukan pelancong, Yang Berhormat berkata, pihak KSSUP akan meneliti balik semula lagi terutama sekali dengan adanya kelonggaran peraturan syarat-syarat kemasukan pelancong ke negara ini.

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman turut menambah, di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, sebanyak 65 buah negara sudah dalam Visa Waiver Program yang membolehkan mereka masuk tanpa visa ke Negara Brunei Darussalam dan usaha-usaha dalam menarik pelancongan atau memudahkan kemasukan pelancong-pelancong di negara ini sebagai contoh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah menyediakan E-Arrival Card secara 'online' yang memudahkan pelancong asing untuk mengisikan secara online sahaja daripada berbaris di lapangan terbang antarabangsa dan jua InsyaaAllah nanti dengan penaiktarafan Border Management System ini, sistem E-Gate akan dinaiktaraf dan itu akan memudahkan kemasukan pelancong di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04