FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memastikan Bekalan Makanan Negara Terus Terjamin


 


 March 15th, 2023  |  08:45 AM  |   272 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isu sekuriti makanan adalah merupakan salah satu agenda yang penting yang menjadi perbincangan utama dan perlu ditangani segera, bukan sahaja di peringkat serantau tetapi juga di peringkat global, termasuk di negara kita sendiri.

 

Sejak tiga tahun kebelakangan, usaha-usaha dalam meningkatkan keluaran makanan dalam negara, khususnya dari hasil keluaran pertanian, perikanan dan lain-lain produk pemprosesan makanan berasaskan pertanian dan perikanan, telah menghadapi pelbagai cabaran berikutan isu-isu global seperti penularan wabak COVID-19, konflik geopolitik dan situasi ekonomi tidak menentu antaranya seperti isu kekurangan tenaga kerja, peningkatan kos logistik dan pengangkutan dan juga termasuk peningkatan kos bagi bahan input ladang seperti baja, makanan ternakan dan lain-lain yang kebanyakannya masih bergantung tinggi kepada import.

 

Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin semasa menyampaikan mukadimah mengenai kementeriannya pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi hari ke sembilan yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Walau bagaimanapun, jelas Yang Berhormat, alhamdulillah, melalui perancangan dan perlaksanaan beberapa program dan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan secara berterusan oleh pihak kementerian dan jabatan-jabatan yang berkenaan di bawahnya dan dengan komitmen serta kegigihan para pengusaha, peladang, petani, penternak dan nelayan yang berkenaan; juga melalui kerjasama dari dan berganding bahu bersama agensi-agensi serta lain-lain pihak yang berkenaan melalui pendekatan Whole of Nation dan Whole of Government, isu dan cabaran yang dihadapi ini telah dapat kita tangani bersama.

 

“Meskipun menghadapi cabaran-cabaran ini kita masih lagi mampu meningkatkan prestasi keluaran dari sektor makanan dan kita masih dapat menyumbang di dalam menjana bekalan makanan seperti ayam, telur ayam, ikan dan sayur bagi penduduk Negara pada tahun lepas.

 

“Secara keseluruhannya, prestasi keluaran dari sektor makanan, yang merangkumi keluaran dari industri pertanian dan agrimakanan dan juga industri perikanan telah mencatatkan peningkatan sekitar 3.13 peratus (%) iaitu dari BND781.26 juta (2021) kepada BND805.75 juta (2022); yang secara amnya disumbangkan oleh peningkatan nilai keluaran dari industri pertanian dan agrimakanan sekitar 0.72% iaitu dari BND590.31 juta (2021) kepada BND594.54 juta (2022); dan industri perikanan sekitar 10.6% iaitu dari BND190.95 juta (2021) kepada BND211.21 juta (2022)," terang Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya mengongsikan, dari segi pencapaian sara diri bagi komoditi-komoditi utama yang diberikan tumpuan, kita telah berjaya mencapai 100% sara diri dalam bekalan ayam pedaging dan telur ayam dan 85% sara diri bagi bekalan ikan.

 

Manakala, bagi sayur tropika dan buah tropika, masing-masing mencapai sekitar 68% dan 37% sara diri dan beras sekitar 8.4% sara diri.

 

Pihak Kementerian berazam akan terus berusaha untuk meningkatkan keluaran komoditi-komoditi utama di bawah sektor pertanian dan perikanan ini, bukan sahaja untuk memastikan bekalan makanan di negara ini adalah terjamin tetapi juga untuk menyumbang kepada peningkatan jumlah dan nilai eksport.

 

Dalam usaha ke arah meningkatkan keluaran padi dan beras pula, pihak kementerian ujar Yang Berhormat, melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan akan meneruskan usaha-usaha penyelidikan padi bagi mengenal pasti varieti padi unggul, berhasil tinggi dan menepati cita rasa pengguna dengan terus menjalin serta mengukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi serta institusi-institusi penyelidikan termasuklah dengan Yuan Longping High Tech Agriculture Co. Ltd dari Republik Rakyat China dan International Rice Research Institute (IRRI) yang berpangkalan di Republik Filipina dengan sasaran untuk meningkatkan keluaran padi dari 4-5MT/ha semusim melalui penanaman varieti padi Sembada188 pada masa ini kepada 7-8MT/ha semusim di masa terdekat ini.

 

Ke arah ini, pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sedang giat melaksanakan projek rintis penanaman beberapa varieti padi hibrid yang berpotensi menghasilkan sebanyak 7.5MT/ha semusim.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48