FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kerjasama Orang Ramai Diperlukan Dalam Memberikan Maklumat Tepat


 


 March 16th, 2023  |  08:22 AM  |   99 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ada beberapa kali berita tentang isu pelanggaran perintah Sijil Halal dan Label Halal yang dilakukan oleh premis-premis perniagaan makanan yang didapati dalam pemeriksaan mengejut yang dijalankan dan didapati restoran tersebut mempamerkan Sijil Halal yang telah mansuh.

 

Perkara ini sangat merisaukan, apakah restoran-restoran yang mempamerkan Sijil Halal ini benar-benar menepati kehendak pengeluar dan bolehkah diyakini kehalalan makanan yang dihidangkan di restoran tersebut.

 

Isu tersebut ditekankan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin pada hari ke-10 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, yang diadakan di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini petang tadi.

 

Dalam hal itu, Yang Berhormat juga ingin mencadangkan, selain tindakan tegas perlu diambil kepada pihak yang melanggar, pihak yang berautoriti mengenai kawalan makanan bolehlah bertindak secara proaktif dalam mengatasi isu mempamerkan Sijil Halal yang mansuh.

 

“Sepatutnya pihak berautoriti ada inisiatif mengingatkan pemegang Sijil Halal tersebut supaya diperbaharui sebelum mansuh. Misalnya melalui pesanan ringkas sebagaimana yang dilakukan oleh agensi-agensi yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), pengeluar insurans, hospital dan lain-lain," jelas Yang Berhormat lagi.

 

Perkara itu mendapat perhatian Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman yang kemudian menjelaskan kesedaran mengenai halal.

 

Sebenarnya seperti yang diharapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama supaya orang ramai 'alert' akan kesedaran mengenai kedudukan kehalalan pemakanan di negara ini.

 

Jelas Yang Berhormat, label bagi produk dan Sijil Halal bagi tempat adalah cuma satu jaminan yang menyatakan bahawa asal usul satu perkara dalam perkara ada syubhahnya.

 

“Syubhahnya itu maknanya kita tidak boleh memakannya kalau misalan daging sudah tentu kalau disembelih. Kita tidak mengetahui ia disembelih atau tidak maka yang syubhahnya kita mengadakan peraturan-peraturan penyembelihan dan setelah peraturan-peraturan dijalankan kita memberikan pensijilan," terangnya.

 

“Sejauh mana ini dapat dalam istilah sebutan orang Brunei 'tekabirkah' Jabatan Hal Ehwal Syariah yang menangani Bahagian Makanan Halal ini, 'tekabirkah' mereka dalam keadaan ini.

 

“Inilah soalnya kalau kita kan menambahkan tenaga-tenaga sahaja memang selama-lamanya tambah-tambah pun memang tidak kecukupan, tetapi yang penting sekali diharapkan ialah cara kerja yang mesti dibaiki," tegas Yang Berhormat Pehin.

 

Yang Berhormat juga menambah, inilah pembaikan-pembaikan yang sedang berjalan dilakukan di bahagian tersebut di samping orang ramai sendiri mempunyai kesedaran. Kesedaran itu ialah dengan memberikan maklumat-maklumat yang tepat, kalau ada sebarang keraguannya terus dihantar kepada pihak yang berkenaan.

 

Cadangan untuk menghubungi pihak-pihak yang berkenaan pemegang Sijil Halal yang sudah mansuh dan sebagainya itu melalui 'SMS' ataupun apa yang sekarang ini berjalan sudah dilakukan adalah satu cadangan yang baik dan Yang Berhormat turut mengambil maklum mengenainya untuk disampaikan kepada yang berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06