FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MUIB Bertanggungjawab Dalam Pengurusan Zakat


 


 March 16th, 2023  |  08:23 AM  |   99 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Fungsi Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) adalah banyak dan yang sangat mencabar ialah hal ehwal pengurusan zakat, yang mana banyak perkara yang tertangguh dan lambat diselesaikan disebabkan kekurangan tenaga kerja di bahagian tersebut sedangkan permohonan asnaf zakat semakin meningkat dari setahun ke setahun.

 

Perkara itu digariskan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, yang diadakan di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini petang tadi ketika membincangkan di bawah tajuk Rang Undang-undang Perbekalan 2023/2024 Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

 

Yang Berhormat menekankan tentang proses penilaian permohonan asnaf zakat sahaja dan permohonan untuk menyambung bantuan zakat memakan masa bertahun-tahun untuk menunggu jawapannya.

 

 Justeru itu, Yang Berhormat berpendapat sudah sampai masanya Bahagian Pengurusan Zakat MUIB ini dinaikkan tarafnya menjadi sebuah jabatan supaya organisasinya boleh dikembangkan serta dapat menyampaikan segala peranan dan fungsinya kepada rakyat di negara ini dengan lebih efisien dan berkesan.

 

Bukan itu sahaja, malah MUIB itu sendiri wajar dinaikkan taraf sebagai organisasi yang 'independent' kerana jika ditinjau kepada fungsi MUIB, didapati fungsi tersebut adalah lebih jauh besar dari sebuah jabatan.

 

Perkara itu mendapat perhatian Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman yang kemudian menjelaskan fungsi terbesar MUIB adalah zakat.

 

Kedudukan MUIB jelas Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama adalah sebuah lembaga yang ada undang-undang tubuhnya sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Awang Amran itu, dan dalam perlembagaan kedudukannya adalah sebagai penasihat yang tertinggi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi dalam hal ehwal ugama.

 

“Apakah kedudukannya sekarang ini tidak praktikal sehingga lahir pemikiran daripada Yang Berhormat Awang Amran supaya dijadikan independent body. Jadi, perkataan 'independent' itu sukar untuk dilihat kerana MUIB memang sudah 'independent', dan MUIB itu adalah untuk menaungi kegiatan-kegiatan ugama di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU)," tegas Yang Berhormat Pehin.

 

Tetapi oleh kerana pentadbirannya diletakkan di bawah KHEU terang Yang Berhormat Menteri, maka ia tetap bebas dan 'independent' kerana tanggungjawabnya bukan langsung kepada KHEU.

 

KHEU cuma pelaksana kepada rancangan-rancangan yang diluluskan oleh MUIB atau apa-apa perkara yang telah disembahkan atau yang dihadapkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia  dan ada perkenan untuk dilaksanakan. Jadi pelaksanaannya adalah oleh KHEU.

 

Satu aspek daripada fungsinya yang disebutkan oleh Yang Berhormat Awang Amran adalah zakat, dan zakat jelas Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama sudah dalam usaha-usaha untuk menubuhkan Jabatan Zakat.

 

“Sudah ada ketetapan dan sudah ada langkah-langkah untuk merealisasikan penubuhan jabatan tersebut, yang mana dengan penubuhan itu, MUIB akan lebih kelihatan berfungsi di samping ia di bawah KHEU tetapi fungsinya zakatnya itu akan lancar.

 

“Kalau inilah ditunggu-tunggukan maka mudah-mudahanlah, kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar penubuhan Jabatan Zakat itu akan terlaksana dalam masa yang tidak lama lagi, insyaaAllah," ujar Yang Berhormat Pehin.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06