FacebookInstagramTwitterContact

 

RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>           Retirement Certificate Presentation Ceremony           >>           Survival Gardening: The Best Crops To Grow For Self-Sufficiency           >>           Latest EWG Consumer’s Guide Reveals 2024’s DIRTY DOZEN And CLEAN FIFTEEN           >>           Tiktoker Nara Smith’s New Cooking Video Is Her Most Controversial Yet           >>           Gypsy Rose Blanchard Reveals How Her Nose Job Impacted Her Ego           >>           Spacex's Crew-8 Astronauts Move Dragon At The ISS To Make Way For Boeing's Starliner           >>           Two of our top Anker power banks are back on sale at all-time low prices           >>           You Can Finally Use Passkeys To Sign Into Your Microsoft Account           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelbagai Kegiatan Dilaksanakan Bagi Mengimarahkan Masjid


 


 March 16th, 2023  |  08:25 AM  |   104 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kegiatan mengimarahkan masjid yang melibatkan belia-belia dan penduduk kampung serta umat Islam di Negara Brunei Darussalam amnya masih kekal relevan diamalkan dengan adanya program jemaah mengkhatam Al-Quran dan ada program yang tetap setiap malam Jumaat membaca Yaa Siin dan Tahlil dan pada paginya membaca Surah Al-Kahfi dan sebagainya.

 

Di samping adanya program dan cadangan yang sangat baik itu dapat memberikan satu corak baharu kepada masjid, terutama dengan adanya penglibatan para belia masjid dipandu oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Pusat Da'wah Islamiah (PDI) ada belia keagamaan.

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menyambut baik cadangan Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan pada membincangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023/2024 Kementerian Hal Ehwal Ugama pada hari ke-10 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, yang diadakan di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini petang tadi.

 

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz juga mencadangkan untuk mewujudkan program khusus yang dipandu oleh KHEU dengan usaha sama biro-biro keagamaan Majlis Perundingan Kampung (MPK), persatuan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO's) sebagai program keagamaan bersepadu di peringkat daerah dan kebangsaan, dan dalam masa yang sama menyasarkan masjid-masjid yang terpinggir dan kurang diketahui umum untuk dipertingkatkan kepelbagaian aktiviti mengikut kesesuaian semasa selagi ia tidak melanggar syariat Islam.

 

Dalam pada itu Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyatakan salah satu peluang ialah sewaktu bulan Ramadan yang mana masjid-masjid mempunyai tempat lapang untuk digunakan dengan sebaiknya, misalannya gerai-gerai Ramadan, namun ada aturan-aturan yang mesti dikenakan supaya suasana masjid tidak menjadi suasana bazar atau suasana gerai-gerai dan sebagainya, tetapi idea ini boleh dicuba dengan peraturan-peraturan yang baik.

 

Berbalik semula pada penglibatan belia jelas Yang Berhormat, banyak cara yang ditunjukkan oleh belia-belia masjid antaranya KHEU ada mengadakan Malam Sastera Islam pada setiap tahun namun ia agak terbatas disebabkan kehadiran hanya beberapa peserta sahaja, namun program seumpama ini bolehlah diperluaskan dan diadunkan dengan pemikiran dan cadangan Yang Berhormat Ahli MMN tadi.

 

Menyentuh mengenai Skim Perkhidmatan Guru Ugama (SPGU) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz berkenaan dengan syarat-syarat penetapan jawatan yang berhubung kait dengan pertimbangan bagi mendapatkan inisiatif di bawah Skim SPGU, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menerangkan skim SPGU pada masa ini sudah dalam proses perlaksanaannya dan sudah ribuan guru yang sudah masuk ke skim berkenaan dan banyak lagi yang sedang menunggu sama ada mereka itu sudah tersenarai dalam orang yang sudah dicerap yang boleh disokong tapi sokongan itu tidaklah dibuat serentak.

 

“Kalau dihantar 100 atau 200 orang, maka tidak akan terus diterima oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk masuk ke dalam skim tersebut, ia 'berincit-incit' dan tempohnya itu yang penting.

 

“Kaola dapat memahami ada kalangan guru-guru yang merasakan dirinya layak tetapi tidak terpilih. Kaola tidak dapat ikut campur kerana ada lembaga yang ada sukatan-sukatan dan kaola percaya semua dalam dewan ini patut memberikan kepercayaan mereka melaksanakan tugas dengan adil, insyaaAllah," terang Yang Berhormat lagi mengakhiri perbincangan pertama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06