FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Panduan SHENA Memastikan Persekitaran Kerja Selamat


 


 March 16th, 2023  |  08:34 AM  |   146 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof pada sesi sebelah petang Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi hari ke-10 yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis antara lain menambah penjelasan tentang perkara berkaitan kawalan penggunaan bahan kimia di industri pertanian.

 

Menurut Yang Berhormat pada tahun 2021, Safety, Health and Environment National Authority (SHENA) telah mengeluarkan Nota Panduan Industri (Industry Guidance Notes) berhubung dengan penggunaan Personal Protective Equipment (PPE). Antara kandungannya adalah penggunaan alat-alat keselamatan bersesuaian untuk menangani kerja-kerja tertentu seperti sarung tangan untuk bahan kimia, alat pernafasan, cermin mata dan sebagainya. Nota ini adalah dipromosikan kepada orang-orang awam melalui laman sesawang dan juga platform media sosial SHENA sebagai sumber rujukan kepada pihak-pihak industri.

 

Dalam perkara ini juga, jelas Yang Berhormat, SHENA berhasrat memperkenalkan lebih banyak panduan bagi memastikan persekitaran kerja adalah selamat bagi semua sektor. Mengenai saluran mempermudahkan pengguna untuk membuat sebarang aduan atau apa jua pertanyaan, SHENA memperkenalkan ruang aduan secara atas talian di laman sesawang pada tahun lalu. SHENA juga menggalakkan orang-orang awam untuk melaporkan sebarang insiden atau kejadian kemalangan di tempat kerja ke 'hotline' 24 jam menerusi talian +673 7332200.

 

Terdahulu Yang Berhormat menjelaskan bahawa SHENA telah pun mengadakan beberapa perjumpaan dengan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sejak dua tahun kebelakangan. Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan termasuklah meningkatkan kesedaran Jabatan Pertanian dan Agrimakanan mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat beberapa lawatan pemeriksaan bersama peladang pertanian dan ternakan.

 

Menurut Yang Berhormat usaha-usaha ini akan diteruskan oleh kolaborasi yang lebih erat dalam meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan keselamatan di sektor ini. Mengenai penggunaan racun toksik, pada masa ini, tiada peraturan khas yang memfokuskan kepada pengurusan kimia atau bahan-bahan berbahaya. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada isu pengurusan tersebut terkandung di bawah Perintah Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2019 (Hazardous Substance), di mana SHENA menguatkuasakan pelabelan, penggunaan, penyimpanan, pengendalian, pengangkutan bahan kimia toksik di tempat kerja sahaja.

 

“Pada masa ini juga terdapat Akta Racun yang dikuatkuasakan (diselenggarakan) bersama oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. Terdapat juga satu inisiatif di peringkat kebangsaan yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan penglibatan agensi-agensi yang berkepentingan untuk membangunkan satu peraturan nasional yang holistik mengenai dengan pengendalian bahan kimia," ujar Yang Berhormat.

 

Bagi meningkatkan 'capability' dalam pengurusan bahan kimia, Yang Berhormat turut mengongsikan bahawa satu bengkel telah diadakan anjuran Jabatan Perdana Menteri iaitu National Training and the Sound Management of Chemicals di bawah European Union Chemicals, Biological, Radiological, Nuclear, Centre's of Excellence Initiative pada 7 November tahun lalu.

 

Antara objektif bengkel tersebut adalah: 1. Mengenal pasti risiko dan hazards.; 2. Awareness of legal provision and principles for the sound management of chemicals and chemical waste, legal requirements for chemical transport and principles of detection and decontamination for chemical incident.; dan 3. The principles of Personal Protective Equipment and how to use it.

 

Jelas Yang Berhormat, bengkel dihadiri oleh pegawai-pegawai dari agensi-agensi berkepentingan seperti Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertanian dan Agrimakan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE) dan SHENA. Bengkel disampaikan oleh pakar-pakar dan 'lecturer' dari luar negeri dalam bidang kimia seperti 'toxicology', 'chemical incidents',' contaminated management' dan 'waste management system'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06