FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dedikasi Kepada Memberi Peluang Pekerjaan Stabil Anak-Anak Tempatan


 


 March 19th, 2023  |  07:52 AM  |   124 views

KIULAP

 

Platform perkhidmatan penghantaran makanan tempatan Brunei, GoMamam, memperingati pelancarannya diikuti dengan ciri dan kemas kini baharu aplikasi tersebut bertempat di 118 Residence, Kampung Kiulap, hari ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya melancarkan acara berkenaan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof.

 

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif GoMamam, Awang Hadi Wahab dalam ucapannya berkata, GoMamam bermula pada 13 Februari 2020.

 

Pasukan kami yang terdiri daripada anak-anak tempatan pada awalnya bermula dengan 10 penghantar dan kakitangan pejabat, namun berkembang secara berterusan sepanjang dalam beberapa tahun yang singkat kepada lebih 1,000 penghantar dan 45 kakitangan pejabat.

 

“Kami di GoMamam, berdedikasi untuk memberi peluang pekerjaan yang stabil dan pembangunan kemahiran kepada penduduk tempatan kita dalam sektor teknologi yang semakin berkembang ini.

 

“GoMamam dengan bangganya juga mengeluarkan beberapa ciri dan kemas kini baharu pada 28 Februari 2023 yang lalu dengan memperkenalkan beberapa kategori lain dalam platform.

 

“Dengan tumpuan pada kemudahan, kebolehcapaian dan penyesuaian, penambahan baharu ini pasti akan meningkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian lebih menyeronokkan berbanding sebelum ini," ujarnya.

 

Aplikasi ini juga, kini mempunyai antara muka serba baharu yang anggun, moden dan intuitif. Reka bentuk yang diperkemas membolehkan navigasi yang lebih cepat dan mudah, menjadikannya lebih mudah bagi pengguna untuk mencari ciri-ciri yang mereka inginkan dan menyelesaikan pesanan mereka dengan mudah.

 

Beliau seterusnya melahirkan harapan untuk lebih maju dalam masa terdekat dan dalam jangka panjang untuk menjadi sebahagian daripada Ekonomi Digital Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Dengan sokongan rakan niaga dan kerjasama dengan Kerajaan NBD, kami berharap untuk menjadi pemain utama dalam pembangunan ekonomi semasa seterusnya menyumbang ke arah Wawasan Brunei 2035 selain dapat menceburi lebih banyak projek baharu dengan harapan dapat memacu NBD ke arah negara yang lebih negara digital dan InsyaaAllah suatu hari nanti dapat meluaskan perkhidmatan negara ke luar sempadan negara.

 

GoMamam ialah platform berasaskan aplikasi mudah alih yang menawarkan pelbagai perkhidmatan penghantaran di NBD dan dilancarkan pada Februari tahun 2020, berkembang semasa kemuncak pandemik COVID-19.

 

Platform ini diperkenalkan dengan tujuan untuk menyediakan pengguna dengan cara yang selamat dan boleh dipercayai untuk memesan makanan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana tempatan.

 

Sejak itu, ia telah berkembang menjadi salah satu cara yang paling popular dan mudah untuk pengguna memesan makanan, barangan runcit, elektronik, barangan farmaseutikal dan banyak lagi melalui telefon mereka. Aplikasi ini tersedia untuk dimuat turun pada kedua-dua peranti iOS dan Android.

 

Aplikasi penghantaran makanan terus mengembangkan perkhidmatan penghantarannya, di mana pengguna kini boleh membeli-belah melangkaui makanan dan minuman dengan perkhidmatan baharu mereka GoRetail dan GoPharma, di samping modul sedia ada aplikasi lain termasuk Goceries, yang diperkenalkan pada 2020 dan GoElectronics diperkenalkan pada 2022.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06