FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Terima 2 Anugerah Piawaian Pelancongan ASEAN 2023


 


 March 19th, 2023  |  07:55 AM  |   121 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam usaha untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan, hari ini, mengadakan Majlis Penyampaian Plak kepada pemenang Anugerah Piawaian Pelancongan ASEAN 2023 sempena Forum Pelancongan ASEAN 2023, yang berlangsung pada 5 Februari di Yogyakarta, Indonesia dengan tema 'ASEAN : Journey to Wonderful Destinations'.

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) adalah antara penerima Anugerah Pelancongan ASEAN iaitu Anugerah Perkhidmatan Spa ASEAN Ke-2 dan Anugerah Tandas Awam ASEAN Ke-2.

 

Sehubungan itu, hadir menyampaikan anugerah kepada pemenang pada majlis yang berlangsung di Bilik VIP, kementerian berkenaan ialah Setiausaha Tetap KSSUP, Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab.

 

Anugerah Perkhidmatan Spa ASEAN Ke-2 dianugerahkan kepada Reflection Eco Holistics (B) Sdn. Bhd.

 

ASEAN Spa Standard dinilai melalui elemen penting dalam operasi kualiti spa dan profesional iaitu tempat, perkhidmatan, pekerja, produk, peralatan, pengurusan dan persekitaran.

 

Manakala Anugerah Tandas Awam ASEAN Ke-2 dianugerahkan kepada tiga penerima iaitu Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) sebagai tandas utama dan tandas premium yang mempunyai kemudahan tambahan seperti Bilik Penyusuan Anak Damit dan Bilik Persalinan Anak Damit.

 

Juga menerima anugerah tersebut ialah Kaizen Sushi Restaurant dan Seria Energy Lab.

 

ASEAN Public Toilet Standard ditubuhkan dengan objektif untuk memastikan kualiti, keselesaan, keselamatan dan pengurusan sisa yang betul bagi tandas awam secara amnya di destinasi pelancongan dalam rantau ASEAN.

 

Pemenang anugerah ini adalah sebahagian daripada penerima yang menerima anugerah mereka lebih awal di Yogyakarta semasa Forum Pelancongan ASEAN 2023.

 

Objektif anugerah adalah untuk meningkatkan kualiti sumber manusia, perkhidmatan dan kemudahan melalui piawaian di rantau ASEAN.

 

Anugerah tersebut juga adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan di peringkat ASEAN kepada pihak berkepentingan yang telah memenuhi piawaian negara anggota ASEAN dalam sektor pelancongan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Piawaian Pelancongan ASEAN, pihak yang berminat boleh melayari 'www.tourism.gov.bn' di bawah 'Maklumat tentang Perkhidmatan'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06