FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Khatam Al-Quran Serentak Di Kesemua Daerah Semarakkan Hari Kebangsaan


 


 March 19th, 2023  |  07:56 AM  |   112 views

TUTONG

 

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 39 Kali bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39, Tahun 2023 secara serentak di kesemua daerah, hari ini.

 

Majlis ini melibatkan lebih 1,200 peserta di keempat-empat daerah yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi, penuntut-penuntut Institusi Pendidikan Teknik Brunei, penuntut-penuntut sekolah menengah, sekolah ugama, ahli-ahli persatuan belia dan sukan serta pergerakan-pergerakan belia, pelatih Pusat Pembangunan Belia, peserta Program Belia Cinta Tanah Air, sukarelawan-sukarelawan, belia-belia masjid, qari dan qariah.

 

Bagi Daerah Tutong, majlis diadakan di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran mulai dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad yang diketuai oleh penuntut Pusat Tingkatan Enam Tutong, Awang Muhammad Walid Wathiq bin Awang Kharol Azmi dan Belia IMPAK Tutong, Awang Muhammad Darwishy Afiq bin Jailani.

 

Majlis diteruskan dengan bacaan Takhtim Al-Quran diketuai oleh penuntut Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Dayang Sri Musfirah binti Haji Awang Lamat.

 

Doa Khatam pula dibacakan oleh Penyelia Hal Ehwal Belia Takmir Masjid, Awang Abdul Hafiz bin Haji Abd. Kadirosman dan seterusnya Dikir Marhaban diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

 

Acara diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Selamatkan Negara Brunei Darussalam oleh Imam Tingkat III, Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Abdul Raqib bin Haji Awang dan seterusnya menunaikan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah.

 

Majlis ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.

 

Secara tidak langsung majlis seumpama ini juga dihasratkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman serta kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia dan masyarakat khususnya sebagai usaha ke arah menggalakkan penglibatan belia dan masyarakat dalam aktiviti keagamaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06