FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Allah Subhanahu Wata’ala Sediakan Ubat Untuk Setiap Penyakit


 


 March 19th, 2023  |  07:57 AM  |   125 views

BERAKAS

 

Penyakit mental adalah gangguan pada fungsi otak, yang menyebabkan boleh berlaku perubahan pada pemikiran, perasaan dan tingkah laku.

 

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit mental adalah antara lima penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia.

 

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menekankan demikian semasa menyampaikan Kertas Perdananya bertajuk 'Kesihatan Mental Ke Arah Kesejahteraan Ummah' bertempat di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.

 

Adakah penyakit mental itu pelbagai? Yang Berhormat Mufti Kerajaan menjawab ia jelasnya bukan hanya satu jenis sahaja, tetapi terdiri daripada beberapa kategori, iaitu secara umum terbahagi kepada tiga kumpulan utama, iaitu Neurosis dan Psikosis.

 

Neurosis terangnya, iaitu mengalami gangguan dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan. Antara contoh penyakit Neurosis ialah kemurungan dan kebimbangan.

 

Begitu juga dengan Psikosis tambah Yang Berhormat, ia mengalami perubahan amat ketara dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku, di mana kewarasan juga terjejas. Antara contoh penyakit Psikosis ialah penderita akan merasa keliru, mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengannya, dikenali sebagai halusinasi.

 

Penderita juga ujar Yang Berhormat, mempunyai kepercayaan pelik yang menyebabkan reaksi melampau berlaku, seperti menganggap ada orang yang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepadanya menyebabkan dia bertindak menyerang orang yang disyakinya itu.

 

Malah kata Yang Berhormat, penderita mungkin bercakap-cakap merapu, bercakap seorang diri, ketawa atau marah tanpa sebab dan lain-lain lagi. Akibat daripada semua ini boleh merosakkan atau memutuskan hubungan 'interpersonal' dengan orang di sekelilingnya.

 

Namun menurut teori ada beberapa faktor menurut Yang Berhormat, yang dianggap boleh menyumbang kepada terjadinya penyakit mental, iaitu antaranya faktor genetik / keturunan, iaitu jika di dalam keluarga ada mempunyai sejarah penyakit mental, maka menurut teori, ini adalah berisiko lebih tinggi, berbanding populasi yang tidak ada sejarah penyakit berkenaan.

 

Demikian itu antara penyebab penyakit mental menurut teori. Penyakit mental itu terang Yang Berhormat, boleh dirawat atau diubati kerana setiap penyakit, Allah Subhanahu Wata'ala sediakan ubatnya dan kita juga disuruh berubat. Dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang dianggap mampu untuk merawat penyakit mental.

 

Selain ubat Psikotropik, pendekatan sokongan ujar Yang Berhormat, juga digunakan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psikososial dan pendidikan psikologi adalah dianggap  sebagai ubat merawat mental.

 

Yang Berhormat menyatakan semua hospital dan klinik kesihatan, biasanya mempunyai anggota-anggota terlatih untuk memberikan rawatan kepada mereka yang mengalami masalah mental dengan pakar psikiatri pula sedia dirujuk bagi kes-kes yang rumit.

 

Inilah kata Yang Berhormat, rawatan moden yang menampilkan pelbagai jenis terapi. Semua ini adalah terapi biasa dengan nama-namanya dicipta menurut kesesuaian.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06