FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jadikan Terapi Ketuhanan Sebagai Rawatan Utama


 


 March 19th, 2023  |  07:59 AM  |   106 views

BERAKAS

 

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, menekankan bahawa terapi ketuhanan berupa zikir-zikir yang meliputi ayat-ayat Al-Quran, ruqyah-ruqyah Nabawiyyah dan doa-doa turut diperkenalkan di Pusat-pusat Kesihatan dan klinik-klinik kita sebagai rawatan utama atau sekurang-kurangnya sebagai rawatan sokongan kepada terapi-terapi yang sedia ada.

 

Menurut Yang Berhormat, kita tidak wajar memandang ringan aspek kesihatan mental. Sebelum wabak pada 2019, dianggarkan satu daripada lapan orang di seluruh dunia adalah hidup dengan gangguan mental. Kemudian masuk era COVID-19, juga tercipta krisis global kesihatan mental yang lebih kronik, yang melibatkan berjuta-juta orang.

 

“Anggaran telah meletakkan peningkatan kemurungan melebihi 25 peratus semasa tahun pertama sahaja wabak ini, sebagaimana data terbaharu yang di'release' oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menurut Direktor General WHO, Dr. Tedros Adhanom, temuan ini mungkin hanya sebahagian kecil sahaja, dan masih ada lagi kejadian depresi (kemurungan) yang belum terungkap," terang Yang Berhormat Mufti Kerajaan semasa menyampaikan Kertas Perdana yang berajuk 'Kesihatan Mental Ke Arah Kesejahteraan Ummah' bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.

 

Sebagaimana jelas Yang Berhormat Mufti Kerajaan yang disampaikan dalam perutusan Yang Berhormat Menteri Kesihatan sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2022, antara lain menekankan bahawa beban kesihatan mental di peringkat global semakin meningkat akibat cabaran yang dihadapi di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan menambah dengan menyebut rekod kesihatan elektronik (Bru-HIMS) bagi tahun 2021, seramai 1,515 individu didiagnosis dengan 'anxiety disorder' dan lebih daripada 900 individu mengalami 'depressive disorders'.

 

Menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan lagi, di seluruh dunia, pandemik COVID-19 mengakibatkan peningkatan tahap tekanan mental atau stres dan mewujudkan kadar kebimbangan dan kemurungan yang tinggi dianggarkan satu dalam empat individu mengalami masalah mental, semasa tahun pertama pandemik berlaku.

Yang Berhormat Mufti Kerajaan seterusnya mengingatkan bahawa dunia kita juga terus dilanda oleh pelbagai musibah, seperti gempa-gempa bumi, banjir besar, ribut taufan, letusan-letusan gunung berapi, peperangan, pembunuhan, krisis-krisis politik dan ekonomi yang tiada redanya.

 

Ini semua kata Yang Berhormat Mufti Kerajaan, berpotensi untuk menciptakan gejala-gejala kemurungan penyakit mental. Setakat masa kini sahaja, dunia kita sedang dihantui oleh jumlah berskala besar mangsa-mangsa musibah. Mangsa COVID-19 disahkan hampir 800 juta dengan jumlah kematian mencecah angka 6.8 juta, setakat data kemas kini WHO pada 28 Februari 2023.

 

Jelas Yang Berhormat Mufti Kerajaan lagi, gempa bumi di Turkiye dan Syria pada 6 Februari 2023, setakat 7 Mac 2023 dilaporkan seramai 52,780 orang mati dan 129,490 yang cedera. Di Pakistan, mangsa banjir, dianggarkan sehingga kira-kira sembilan juta yang boleh dihimpit oleh kemiskinan yang teruk. Di Malaysia dilaporkan, sekurang-kurangnya 51,200 orang dipindahkan ke pusat-pusat sementara akibat banjir, dan juga tidak terkecuali daripada turut mengorbankan nyawa. Ini belum lagi di bahagian-bahagian dunia yang lain, seperti Australia, Indonesia, Filipina dan lain-lain, yang masing-masing itu mempunyai mangsa-mangsa musibah yang tersendiri.

 

Tidak diragukan lagi, kesan daripada musibah-musibah ini tambah Yang Berhormat Mufti Kerajaan, pasti telah dan akan mencipta gejala-gejala mental kepada para mangsa.

 

“Nah, tidakkah ini menguatkan lagi alasan untuk kita sangat-sangat perlu beramal dan menerapkan terapi ketuhanan berupa zikir-zikir, ayat-ayat Al-Quran dan sembahyang, sebagai alat penenang jiwa yang runsing dan bahkan sebagai ubat bagi penyakit-penyakit mental. Di sinilah untungnya kita alhamdulillah, menjadi umat yang berugama Islam, di mana umat-umat di luar Islam sama sekali tidak akan terlintas untuk memahami hakikat ini," ujar Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

 

Terdahulu, Yang Berhormat Mufti Kerajaan berkata, dalaman di dalam dada-dada dan hati-hati manusia, termasuk penyakit-penyakit mental.

 

“Jadi jelas, ibadat sembahyang adalah tidak terpisah dari Al-Quran, sama-sama menjadi terapi dan ubat bagi merawat semua penyakit, termasuk penyakit-penyakit mental. Ini saudara, 'very-very sorry' kepada para pencipta terapi dan ubat di luar Islam, mereka itu sama sekali tidak mungkin terlintas perkara ini, kerana ketika mereka mencipta terapi dan ubat, mereka tidak merujuk kepada Al-Quran dan Al-Hadis.

 

Jadi di sini, sesuai dan bahkan perlu tegas Yang Berhormat Mufti Kerajaan, untuk pakar-pakar muslim memikirkan langkah-langkah terbaik, di samping kita juga tidak menolak terapi ciptaan-ciptaan orang lain, mengapa terapi ketuhanan yang ditunjuk oleh Allah dalam kitab-Nya tidak kita gunakan sama?

 

“Akal yang sihat duduknya di dalam badan yang sihat. Sebab itulah, kesihatan mental adalah sangat-sangat dihajati, sebaliknya penyakit mental, kita minta kepada Allah supaya ia benar-benar dijauhi," ujar Yang Berhormat Mufti Kerajaan lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06