FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lebih 1,200 Peserta Sertai Majlis Khatam 39 Kali


 


 March 19th, 2023  |  08:00 AM  |   117 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih 1,200 peserta telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran 39 Kali bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-39, Tahun 2023 secara serentak di keempat-empat daerah.

 

Peserta majlis anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi, penuntut-penuntut Institusi Pendidikan Teknik Brunei, penuntut-penuntut sekolah menengah, sekolah ugama, ahli-ahli persatuan belia dan sukan serta pergerakan-pergerakan belia, pelatih Pusat Pembangunan Belia, peserta Program Belia Cinta Tanah Air, sukarelawan-sukarelawan, belia-belia masjid, qari dan qariah.

 

Tumpuan bagi Daerah Brunei dan Muara, majlis tersebut telah diadakan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tanjong Bunut.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad. Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan pegawai-pegawai kanan dari KKBS.

 

Acara tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dikepalai oleh Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin.

 

Kemudian diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad yang diketuai oleh penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Ahmad Darwish bin Hamdan.

 

Majlis diteruskan dengan bacaan Takhtim Al-Quran yang dikepalai oleh mahasiswa Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Muhammad Dzulkhairi bin Haji Ibrahim.

 

Doa Khatam pula dibacakan oleh johan qari Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Tahun 2022, Awang Haji Hazwan bin Haji Salim.

 

Dikir Marhaban menyemarakkan lagi acara yang dipersembahkan oleh mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Selamatkan NBD oleh Ketua Imam Masjid Ar-Rahman, Awang Asbinin bin Haji Zainal dan seterusnya menunaikan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah.

 

Majlis ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan NBD sebagai Negara Zikir.

 

Selain itu, ia secara tidak langsung majlis seumpama ini juga dihasratkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman serta kerjasama di antara agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia dan masyarakat khususnya sebagai usaha ke arah menggalakkan penglibatan belia dan masyarakat dalam aktiviti keagamaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06