FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UBD Juara Piala Canselor 2022


 


 March 19th, 2023  |  08:03 AM  |   119 views

JERUDONG

 

Universiti Brunei Darussalam (UBD) berjaya menjulang Piala Canselor 2022 setelah memperoleh 36 pingat keseluruhan menewaskan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

 

Dengan kemenangan tersebut, UBD yang meraih 16 pingat emas, sembilan pingat perak dan 11 pingat gangsa, turut menerima hadiah wang tunai berjumlah BND1,500.

 

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Piala Canselor 2022 diadakan di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club dan hadir menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh.

 

UNISSA muncul naib johan dengan mengumpul 26 pingat iaitu 15 pingat emas, tujuh pingat perak dan empat pingat gangsa, sekali gus menerima hadiah wang tunai berjumlah BND1,200.

 

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh UTB menerima hadiah wang tunai BND900, dengan berjaya meraih 38 pingat keseluruhan iaitu 10 pingat emas, 15 pingat perak dan 13 pingat gangsa.

 

Juga hadir pada majlis tersebut, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad; Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman; Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle; Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr. Chin Wei Keh dan Awang Adi Rani Sofian bin Abdul Rahman bagi mewakili Ra'es KUPU SB.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Piala Canselor 2022 dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UTB 2022 / 2023, Dayang Ummi Salamah binti Haji Mohammad Firdaus.

 

Acara juga menyaksikan tayangan multimedia dan Persembahan Piala Canselor 2022 oleh institusi-institusi yang menyertainya yang dibahagikan kepada tiga segmen iaitu persembahan keagamaan, sukan dan kebudayaan.

 

Dalam segmen keagamaan, KUPU SB mempersembahkan tausyeh manakala UNISSA mempersembahkan hadrah.

 

Sementara itu, UTB pula memberikan demonstrasi Tarik Kalat dan Badminton dalam segmen sukan dan KUPU SB pula mempersembahkan Gulintangan dan Pidato bagi segmen kebudayaan.

 

Majlis diakhiri dengan pengumuman tuan rumah bagi Piala Canselor 2024 iaitu UBD dan seterusnya penyerahan Bendera Piala Canselor yang disempurnakan oleh Naib Canselor UTB kepada Naib Canselor UBD.

 

Piala Canselor adalah atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, selaku Canselor kepada empat buah universiti di negara ini iaitu UBD, UNISSA, UTB dan KUPU SB, pada 5 Ogos 2021.

 

Sejak pelaksanaannya pada tahun 2021, Piala Canselor dihasrat akan dapat memupuk pembangunan sukan, persaingan dan persatuan antara universiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

 

Di samping itu, Piala Canselor juga memfokuskan mengenai usaha kerjasama antara pemimpin universiti dan Majlis Perwakilan Pelajar masing-masing, yang diterajui oleh UTB sebagai tuan rumah 2021, untuk menganjurkan, melaksanakan pertandingan dalam format dan aspek fizikal sukan, bukan sukan, intelektual dan juga budaya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06