FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kepentingan Melantik Arkitek Yang Berkelayakan


 


 March 19th, 2023  |  08:05 AM  |   108 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi pada hari ke-12 yang berlangsung hari ini di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menerangkan bahawa satu dasar wajib yang perlu diikuti pemilik-pemilik rumah adalah untuk menggunakan Arkitek yang 'qualified person' apabila hendak membuat kemajuan rumah. Ini adalah juga menjadi syarat untuk meluluskan sebarang permohonan kemajuan.

 

Penjelasan Yang Berhormat Menteri Pembangunan adalah sebahagian daripada penjelasannya kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman mengenai garis panduan bagi permohonan membina rumah dan berkaitan dengannya.

 

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh menjelaskan bahawa beliau telah menerima rungutan daripada orang ramai berkenaan permohonan membina rumah yang bermasalah dari segi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak ABCi terutama sekali di kawasan-kawasan yang tidak menerima kemudahan prasarana dan infrastruktur yang lengkap seperti tidak ada longkang dan aliran longkang yang tidak menentu, jalan-jalan tidak tersedia dan sebagainya.

 

Dalam memberi respons kepada isu tersebut, Yang Berhormat Menteri Pembangunan berujar, “Apa yang kaola lihat jua daripada 'pattern-pattern' soalan yang berbangkit ini, ialah satu di mana ada rungutan orang ramai yang mengatakan satu dasar yang dikuatkuasakan di Kementerian Pembangunan melalui ABCi dan jua Jabatan Perancang Bandar dan Desa yang mewajibkan permohonan-permohonan bagi perancangan kemajuan.

 

“Untuk memohon dan menggunakan Arkitek, menggunakan 'qualified person' di mana rungutannya ialah perkara ini menjadikannya mahal," tambah Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat Menteri Pembangunan meneruskan lagi dan berujar, orang yang membuat aduan di mana prasarana yang disediakan di kawasan-kawasan tersebut terjadi perkara-perkara yang menjadi masalah seperti longkang dan aliran longkang yang tidak menentu, jalan-jalan yang tersedianya tidak menentu dan sebagainya. Jadi di sinilah terbitnya dasar 'qualified person'.

 

Yang Berhormat Menteri Pembangunan menjelaskan bahawa, 'qualified person' ini diperlukan untuk menyusun dan mengatur 'design' dan jua susunan rumah dengan prasarana yang lebih baik supaya dapat mengelakkan masalah ini.

 

Jadi garis panduan di peringkat kebenaran perancangan menekankan kepentingan pematuhan pemilik-pemilik tanah terhadap syarat-syarat yang ditetapkan berkaitan penyediaan, penyambungan dan kemajuan perumahan kepada prasarana dan jua untuk mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

 

Mana-mana tanah yang dimajukan bagi pembinaan bangunan perlu dihadapkan oleh pihak 'qualified person' yang dilantik oleh pemaju ataupun pemilik rumah untuk memajukan rumahnya kepada Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan jua kepada ABCi bagi penelitian syarat-syarat perancangan, jelas Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

 

Seterusnya kebenaran termasuk keperluan infrastruktur yang dimaksudkan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa akan membuat penyelarasan bersama dengan jabatan-jabatan infrastruktur yang lain setelah mendapat kebenaran, jelas Yang Berhormat Menteri Pembangunan lagi.

 

“Jadi, 'qualified person' yang dilantik oleh pemaju atau pemilik rumah tadi akan menghadapkan permohonan kemajuan tanah, rumah, bangunan kepada Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri bagi permohonan kemajuan.

 

“Sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 5 Building Control Order 2014, semua kemajuan bangunan hendaklah dihadapkan melalui 'qualified person' yang dilantik oleh pemaju, pemilik kepada ABCi selaku agensi yang mengawal selia peraturan dan garis panduan bangunan," jelas Yang Berhormat.

 

Pihak ABCi akan meneliti perakuan reka bentuk dari 'qualified person' berkenaan yang melibatkan reka bentuk bangunan dan prasarana penyambungan dari rumah atau prasarana kerajaan bermula dari permohonan kebenaran pelan kemajuan.

 

Jika sekiranya terjadi perkara-perkara yang menjadi rungutan itu seperti longkangnya tidak dapat menyalurkan air seperti selayaknya dan juga menjadikan perkara itu banjir, sistem pembentungan yang mengeluarkan bau yang tidak diingini atau tidak melakukan sistem pembetungan yang selayaknya.

 

Maka orang yang bertanggungjawab ialah 'qualified person' yang dilantik oleh pemaju ataupun pemilik orang yang memajukan rumah tersebut. Jadi makanya kepentingan 'qualified person' ini.

 

Orang yang 'qualified' yang mempunyai latar belakang dan jua 'qualification' untuk melaksanakan tugas ini dengan pengetahuannya dan juga memahami syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak ABCi dan jua Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

 

“Itulah sebabnya perkara itu menjadi satu dasar yang diwajibkan bagi pemilik-pemilik rumah untuk untuk menggunakan Arkitek yang 'qualified person' untuk memajukan dan sebarang kemajuan dan juga menjadi syarat untuk meluluskan sebarang permohonan kemajuan,"ujar Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06