FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Reka Bentuk Pendawaian Mestilah Mematuhi Peraturan Piawaian


 


 March 19th, 2023  |  08:06 AM  |   152 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pembinaan rumah-rumah yang sudah lama didiami tetapi tidak menepati syarat bagi mendapatkan penyambungan bekalan elektrik termasuklah rumah-rumah keluarga daif turut mendapat perhatian Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan pada perbincangan hari ke-12 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, petang tadi.

 

Isu tersebut jelasnya bukanlah isu baharu malahan ia menjadi perbincangan hangat dalam kalangan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung bersama agensi kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan penyelesaian, namun ia menemui jalan buntu disebabkan peraturan Akta Tanah dan sebagainya.

 

“Kaola tidaklah berhajat untuk membahaskan secara panjang lebar di dewan yang mulia ini tentang isu-isu yang timbul mengenainya, sehingga akhirnya permohonan bagi mendapatkan bekalan elektrik tidak dapat dipertimbangkan dan hasrat untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tidak tercapai," jelas Yang Berhormat.

 

Namun adalah menjadi tanggungjawab Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung terang Yang Berhormat, untuk terus berusaha membantu anak-anak buah kampung yang memerlukan bantuan sewajarnya.

 

Justeru Yang Berhormat mencadangkan agar pihak kementerian dapat menyediakan satu modul sistem solar rumah persendirian yang mampu menghidupkan peralatan elektrik yang 'basic' sahaja seperti lampu, kipas angin, televisyen dan peti sejuk.

 

Inisiatif berkenaan menurut Yang Berhormat, boleh dilaksanakan dengan kerjasama pihak-pihak syarikat pembekal bagi mewujudkan pakej bantuan tenaga solar dengan harga yang berpatutan bagi membantu rumah-rumah yang bermasalah seperti yang kaola nyatakan tadi sebagai pilihan terakhir untuk membantu mereka menikmati kehidupan yang lebih selesa.

 

Dengan adanya pakej sistem solar rumah ini terang Yang Berhormat, boleh diguna pakai sebagai kaedah penyelesaian dan panduan kepada pihak-pihak berkenaan yang sudi menghulurkan bantuan, selain penggunaan kaedah sistem solar ini juga bertepatan dengan hala tuju negara menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara lestari menjelang tahun 2050.

 

Menjawab mengenai perkara itu, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menjelaskan mengenai cadangan untuk satu modul sistem solar rumah persendirian yang mampu menghidupkan peralatan elektrik yang penting sahaja, perkara itu adalah satu cadangan yang baik.

 

Namun apa yang menjadi kepentingan dan juga kebimbangan daripada pihak kementerian ialah aspek keselamatan, memandangkan perkara itu salah satu yang ditekankan di dalam mana-mana juga pembangunan ataupun rancangan-rancangan yang melibatkan sebarang kemajuan.

 

Dalam hal tersebut, penguatkuasaan undang-undang terutama sekali Section 5 Building Control Order 2014, iaitu semua kemajuan tanah dan bangunan baharu; pengubahsuaian; tambahan hendaklah dihadapkan melalui 'qualified person', iaitu orang yang dilantik oleh pemaju ataupun pemilik yang memajukan rumahnya.

 

Sehubungan dengan cadangan model sistem solar rumah persendirian, ini adalah cadangan yang baik, walau bagaimanapun satu langkah keselamatan perlu diambil keutamaan dan diberi perhatian demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan bangunan-bangunan.

 

“Setentunya reka bentuk pendawaian bangunan tersebut mestilah mengikuti peraturan piawaian dan garis panduan yang berjalan pada masa ini," jelas Yang Berhormat.

 

Dan menyentuh mengenai rumah-rumah daif yakni orang yang susah yang mana mereka harus menyara hidup dalam suasana yang agak sempit dan rumah-rumahnya mungkin usang dan tidak boleh mendapat bekalan elektrik yang mencukupi bagi kehidupan mereka seharian, jadi apakah alternatif lain yang dapat diberikan.

 

Menurut Yang berhormat, ini adalah melibatkan satu inisiatif kebajikan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan di mana sumber elektrik menggunakan solar.

 

Ini adalah suatu kaedah yang boleh meringankan mereka daripada bil-bil elektrik dan seumpamanya, dan untuk keperluan-keperluan yang 'basic' seperti lampu, kipas angin, televisyen dan peti sejuk.

 

“Walau bagaimanapun kaola akui tidaklah arif dalam perkara ini, dan memerlukan masa kalau ada kesempatan selepas ini untuk menghuraikan lagi perkara ini dengan lebih baik," terang Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06