Home > Bahasa Melayu
Kempen Derma Darah Di Hospital PMMPMHAMB Tutong
March 20th, 2023 | 07:59 AM | 151 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Tabung Darah Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong, akan mengadakan kempen derma darah seperti yang dijadualkan iaitu pada Isnin, 20 Mac 2023 bertempat di Tempat Pengambilan Darah, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong, bermula dari pukul 1.30 hingga 3.30 petang.
Kempen berikut adalah dibukakan bagi penyertaan orang ramai.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.
Untuk makluman tambahan, kempen derma darah bagi Khamis, 23 Mac 2023 bertempat di Tingkat 1, Kompleks Annajat, Beribi Anjuran Kompleks Annajat adalah tertakluk kepada hasil penglihatan anak bulan. Jika 1 Ramadan jatuh pada Khamis tersebut, kempen akan dibatalkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]