FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tahlil, Doa Arwah Sekampung, Sumbangan Derma Terus Diadakan


 


 March 20th, 2023  |  08:12 AM  |   169 views

JERUDONG

 

Kurang daripada satu minggu sahaja lagi, umat Islam di seluruh negara akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dan menunaikan ibadah puasa di samping mengerjakan Sembahyang Sunat Tarawih pada malam harinya.

 

Bagi menyemarakkan lagi kedatangan bulan Ramadan, sudah menjadi satu kelaziman bagi setiap masyarakat Islam di negara ini mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung bagi mengingati penduduk kampung atau ahli keluarga yang meninggal dunia.

 

Sehubungan itu, petang tadi berlangsung Majlis Membaca Tahlil dan Doa Arwah Sekampung serta Penyampaian Sumbangan kepada Orang Kurang Berkemampuan bagi Kampung Jerudong 'A' dan 'B' Tahun 1444H / 2023 Masihi bertempat di Dewan Sekolah Rendah Jerudong, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

 

Turut menyempurnakan penyampaian sumbangan selaku jemputan khas ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jaafar bin Haji Abdul Aziz dan Pemangku Penghulu Mukim Sengkurong, Dr. Awang Haji Abdullah Hanif bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman.

 

Pada majlis tersebut, seramai 63 penerima dari Kampung Jerudong menerima sumbangan.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Awang Haji Nasar bin Nayan, Awang Md. Arif bin Haji Raya dan Md. Firdaus bin Said.

 

Majlis ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan bersama oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong 'A', MPK Jerudong 'B', Persatuan Warisan Kedayan Jerudong dan Koperasi Serbaguna Persatuan Buhur (KSPB) Kampung Jerudong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48