Home > Bahasa Melayu
Walkaton Merdeka Pupuk Semangat Patriotisme
March 20th, 2023 | 08:15 AM | 155 views
BUNUT
Kira-kira seramai 90 peserta telah menyertai Walkaton Merdeka anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir (AJK) Masjid Kampung Bunut dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bunut bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39, Tahun 2023, hari ini.
Walkaton yang bermula dari Masjid Kampung Bunut tersebut disertai oleh tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin yang juga selaku Penghulu Mukim Lumapas.
Turut hadir, ketua kampung, pemangku ketua kampung, AJKT, MPK Bunut, Muslimah masjid, belia dan jemaah. Aktiviti tersebut dimulakan dengan Lagu Kebangsaan Brunei dan sesi senamrobik.
Antara tujuan acara ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme demi menjayakan Wawasan Negara serta mengeratkan silaturahim antara penduduk-penduduk Kampung Bunut Perpindahan, Kampung Madewa / Telanai dan Kampung Tasek Meradun / Bunut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]