FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project Launching Ceremony           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Commemorating Mosque's 25th Anniversary           >>           Boy Finds ‘Holy Grail’ Lego Octopus On Beach 26 Years After It Fell Into Sea           >>           Well, It's Always Nice To Check Out These Enchanted Secrets           >>           All The Celebrity Godparents You Didn't Know About           >>           Boeing's Starliner Spacecraft Will Not Fly Private Missions Yet, Officials Say           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Isu Perbincangan Hendaklah Dilaporkan Sepenuhnya


 


 March 29th, 2023  |  07:26 AM  |   85 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin berkata dari mukadimah-mukadimah Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet dalam membentangkan peruntukan bagi kementerian masing-masing dan dari penjelasan-penjelasan seterusnya diharapkan akan dapat memberi penerangan agar warga kementerian dan rakyat akan lebih akur dan turut teruja akan arah tuju dan pelan tindakan kementerian yang dapat membantu mencapainya.

 

Masing-masing mengambil peranan dan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh dalam sama-sama memastikan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran negara akan terus terjamin.

 

Yang Berhormat berucap demikian semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Kata Yang Berhormat lagi, rakyat berharapan penuh bahawa belanjawan tahun ini dengan inisiatif- inisiatif dan 'plan-plan' yang akan dilaksanakan kementerian akan boleh meringkankan sedikit beban ekonomi yang ditanggung oleh sebahagian besar rakyat yang bergantung kepada belanjawan dan projek-projek kerajaan serta juga mana-mana aktiviti yang menaiktarafkan kehidupan mereka masa ini dan untuk anak-anak mereka pada masa hadapan.

 

Turut disentuh dalam ucapan tersebut ialah peranan media yang sememangnya berperanan penting dalam melaporkan apa jua yang dibincangkan dalam dewan yang mulia tersebut. Tetapi malangnya jelas Yang Berhormat, media tidak dapat melaporkan sepenuhnya apa yang dibincangkan.

 

Dari reaksi sebahagian rakyat tentang isu-isu yang dibangkit yang dipetik dari media dan tular kerananya, Yang Berhormat membuat andaian hanya segelintir kecil rakyat yang hadir ke dalam dewan tersebut atau yang mentelaah membaca 'hansard' atau tahu apa-apa isu yang telah dibincangkan dalam dewan.

 

Walau bagaimanapuan, Yang Berhormat mengucapkan berterima kasih pada media yang membuat laporan dan akan terus membuat laporan yang lebih menyeluruh pada masa akan datang.

 

Yang Berhormat juga berharap rakyat awam akan lebih berhemah dan tidak akan membuat andaian menpersoalkan, kesahihan perbincangan dalam dewan berkenaan setakat dari info yang dipetik dari media dan isu yang tular kerananya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48