Home > Bahasa Melayu
KSSUP Terus Semarakkan Bulan Ramadan
April 11th, 2023 | 07:08 AM | 118 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda serta keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala di bulan Ramadan ini, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan bagi tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi petang tadi.
Majlis Tadarus Al-Quran yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan dan Jabatan Perhutanan berkenaan bertujuan bagi mengeratkan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk Kampung Perpindahan Serasa.
Selain itu, ia juga merupakan antara kegiatan keagamaan tahunan yang diadakan pada setiap tahun di bulan Ramadan.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Perpindahan Serasa, di sini, Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.
Turut hadir, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai dan Kakitangan KSSUP serta jabatan-jabatan di bawahnya, takmir masjid, pemangku ketua kampung serta penduduk Kampung Perpindahan Serasa.
Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan wakaf dari KSSUP yang berupa peralatan-peralatan keperluan masjid yang disampaikan oleh Yang Berhormat kepada Imam Masjid berkenaan, Awang Haji Nurhidayatullah bin Haji Zulkiflee.
Diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta bacaan ayat-ayat suci Al-Quran beramai-ramai.
Majlis disudahi dengan acara berbuka puasa dan sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]