FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Meraih Manfaat Bulan Ramadan


 


 April 19th, 2023  |  06:33 AM  |   145 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 April. - Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini, mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia dan memperbanyakkan amal dalam kalangan kakitangannya untuk meraih manfaat sepenuhnya menjelang akhir bulan yang penuh keberkatan ini.

 

Bulan Ramadan mempunyai keutamaan yang istimewa kerana Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada bulan Ramadan.

 

Majlis yang berlangsung di Dewan Utama Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum acara Khatam Al-Quran.

 

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian Waqaf Mushaf Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) kepada Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB).

 

Waqaf Mushaf UNISSA merupakan inisiatif yang dimulakan pada tahun 2011 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan tulisan tangan pembukaan 'Bismillah' untuk Surah Al-Fatihah Mushaf tersebut.

 

Mushaf tersebut siap pada 2020 dan pengagihan kepada penerima terdiri daripada institusi agama dan sekolah, dan mualaf bermula pada 2022.

 

Inisiatif Mushaf menonjolkan kepentingan Al-Quran dan ajarannya dalam kehidupan umat Islam dan menggalakkan umat Islam di negara ini menyokong pengagihan Al-Quran di seluruh negara.

 

BIBD berharap dengan sumbangan wakaf ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai lagi untuk memperbanyakkan sedekah atau bersedekah khususnya pada bulan mulia ini bagi memperbanyakkan amalan dan meraih manfaat Ramadan sepenuhnya.

 

Acara disusuli dengan penyampaian penghargaan kepada Awang Abdul Aziz bin Noor Nasran, Qari Brunei yang mendapat tempat 10 terbaik pada pertandingan menghafaz Al-Quran Antarabangsa Ke-26 baru-baru ini di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

 

Penghargaan tersebut dianugerahkan sebagai sebahagian daripada sokongan dan usaha BIBD untuk meraikan pesaing negara yang menjadi kebanggaan kepada negara melalui pencapaiannya yang luar biasa dan menunjukkan keupayaan dan potensi Brunei untuk bersaing di pentas global.

 

Diharapkan golongan belia negara ini dapat mencontohi dan menyemai tabiat dan minat membaca Al-Quran bagi memantapkan akidah dan meningkatkan pembangunan rohani serta membentuk sahsiah diri yang positif yang disanjungi dalam Islam.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Penolong Mufti (Buhuth), Pejabat Mufti Kerajaan dan Pengerusi Badan Penasihat Syariah BIBD, Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yussof.

 

Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri, ahli pengurusan BIBD serta pegawai dan kakitangan bank.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06