FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memperkukuh Hubungan Ekosistem Keusahawanan, Inovasi


 


 May 12th, 2023  |  10:35 AM  |   82 views

TUNGKU LINK

 

Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menghadiri Majlis Pelancaran pertandingan Hong Kong (HK) Tech 300 Southeast Asia Startup yang dihoskan oleh City University of Hong Kong (CityU) di Hotel Hilton Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara City University of Hongkong (CityU) dan UBD turut berlangsung pada majlis tersebut.

 

Mewakili menandatangani bagi pihak CityU ialah Naib Presiden (Penyelidikan dan Teknologi), Profesor Michael Yang Mengsu disaksikan oleh Naib Presiden (Pentadbiran), Sunny Lee Wai-Kwong.

 

Manakala, bagi pihak UBD ialah Penolong Naib Canselor (Inovasi dan Perusahaan), Profesor Dr. Mohd. Ayub Sadiq disaksikan oleh Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Global), Dr. Joyce Teo Siew Yean.

 

Turut hadir, Presiden dan dan Profesor Terhormat Universiti, CityU, Profesor Way Kuo; Penasihat Pendidikan Tinggi kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Profesor Emeritus Dato Dr. Morshidi Sirat serta pegawai kanan dari Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Chulalongkorn, Universiti Xiamen Malaysia, Majlis dan Dewan Perniagaan Malaysia-China, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC).

 

CityU diiktiraf sebagai hab untuk inovasi dalam pengajaran dan penyelidikan, serta sebagai salah satu universiti yang paling pesat berkembang di dunia dengan komitmen untuk mempromosikan pengetahuan dan menyumbang kepada masyarakat.

 

HK Tech 300 : Venture Beyond Boundaries ialah inisiatif utama berskala besar dalam inovasi dan keusahawanan yang dilancarkan oleh CityU untuk bakal usahawan dalam kalangan pelajar, alumni, kakitangan penyelidik dan lain-lain untuk menubuhkan syarikat permulaan dan menyemarakkan perjalanan keusahawanan mereka.

 

Dengan kejayaan program yang ditubuhkan di Hong Kong pada 2021 dan Pertandingan Permulaan Kebangsaan HK Tech 300 di tanah besar China pada 2022, CityU memperluaskan program ke Asia Tenggara dengan Pertandingan Permulaan HK Tech 300 Asia Tenggara bagi mempromosikan pembangunan teknologi di rantau ini.

 

Pada pelancaran itu, 14 syarikat startup HK Tech 300 mempamerkan idea teknologi mereka merangkumi daripada produk bioteknologi kepada aplikasi Kecerdasan Buatan (AI), penyelesaian mampan kepada Teknologi Kewangan (finTech). Pusingan akhir pertandingan akan diumumkan pada November 2023.

 

Program Pertandingan HK Tech 300 Southeast Asia Startup memfokuskan pada inovasi digital dan teknologi mendalam, dengan matlamat untuk mengukuhkan hubungan yang lebih erat antara ekosistem keusahawanan dan inovasi di Hong Kong dan rantau ini.

 

HK Tech 300 berhasrat untuk menjadi 'program keusahawanan berasaskan universiti No. 1 di Asia' dengan sokongan keupayaan kukuh CityU Hong Kong dalam penyelidikan saintifik dan teknologi. Dalam QS World University Rankings 2023, CityU mendapat penarafan ke-54.

 

Di UBD, Pejabat Penolong Naib Canselor Inovasi dan Perusahaan (OAVCIE) menyelia Entrepreneurship Village (EV) dan Pusat Permulaan UBD (USC), yang merupakan platform khusus yang merangsang inovasi, menyokong bakal usahawan dan memupuk pertumbuhan syarikat startup.

 

Pusat-pusat ini menyediakan pelbagai inisiatif dan sumber seperti bengkel inkubasi, program pemecut, bimbingan, dan khidmat nasihat, untuk mewujudkan ekosistem yang menggalakkan inovasi, memudahkan kerjasama dan menyediakan sokongan menyeluruh kepada usahawan dan pemula peringkat awal.

 

MoU itu berfungsi sebagai rangka kerja bagi kedua-dua universiti, termasuk Universiti Malaya dan Universiti Chulalongkorn, untuk bekerjasama dalam bidang pemindahan teknologi dan pengkomersialan, pemadanan perniagaan, pelaburan bersama, sokongan dan bimbingan tempatan serta kemudahan melalui Program Pertandingan HK Tech 300 Southeast Asia Startup. MoU ini menunjukkan komitmen UBD terhadap inovasi dan generasi yang berdaya usaha.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06