FacebookInstagramTwitterContact

 

Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>           Retirement Certificate Presentation Ceremony           >>           Survival Gardening: The Best Crops To Grow For Self-Sufficiency           >>           Latest EWG Consumer’s Guide Reveals 2024’s DIRTY DOZEN And CLEAN FIFTEEN           >>           Tiktoker Nara Smith’s New Cooking Video Is Her Most Controversial Yet           >>           Gypsy Rose Blanchard Reveals How Her Nose Job Impacted Her Ego           >>           Spacex's Crew-8 Astronauts Move Dragon At The ISS To Make Way For Boeing's Starliner           >>           Two of our top Anker power banks are back on sale at all-time low prices           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


67 Penuntut Cemerlang Sekolah Sukan Diraikan


 


 May 12th, 2023  |  10:39 AM  |   100 views

SERUSOP

 

Seramai 67 orang penuntut Sekolah Sukan yang menamatkan pengajian pada tahun 2022 menerima sijil masing-masing pada Majlis Penyampaian Anugerah Penuntut Cemerlang Peperiksaan Awam BC GCE 'O' Level / IGCSE bagi tahun 2022 bertempat di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Mantan Pengetua Sekolah Sukan, Kluster 3, di Jabatan Sekolah-Sekolah, Mr. Matthew Eric Letham.

 

Turut hadir ialah Ketua Kluster 3, di Jabatan Sekolah-Sekolah, Dayang Hajah Amal Nuriyah binti Haji Ahmad Kumpoh; dan General Manager & Country Chair, Total Energies, Mr. Jerome Saniez, selaku penaja dan pemberi sumbangan kepada Sekolah Sukan dalam majlis berkenaan.

 

Hadir sama, ibu bapa / penjaga dan para penerima anugerah pelajar Sekolah Sukan.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan perarakan masuk penerima hadiah dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Awang Muhammad Hamizan bin Metali, penuntut Tahun 10.1, Sekolah Sukan, dan terjemahannya dibacakan oleh Awang Abdul Wafiq Wafiuddin Rifa'ie bin Haji Roslan juga penuntut Tahun 10.1 Sekolah Sukan.

 

Majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengetua Sekolah Sukan, Dayang Hajah Aisah binti Haji Mohd Salleh selaku Pengerusi Majlis dan diselajurkan dengan kata alu-aluan daripada tetamu kehormat majlis.

 

Pada majlis berkenaan, Mr. Jerome Saniez menyampaikan sumbangan khas kepada tiga orang penuntut cemerlang daripada aliran akademik dan aliran sukan bagi peperiksaan awam BC GCE 'O' Level / IGCSE bagi tahun 2022.

 

Para pelajar terdiri daripada Awang Muhammad Hadi Aziman bin Abdul Rahman daripada aliran akademik yang memperolehi 8 'O' level, iaitu 4A Star dan 4A; atlet Boling, Awang Muhammad Nasrullah Alidon dari aliran sukan yang memperolehi 6 'O' level, iaitu 1B dan 5C; dan atlet Silat, Awangku Muhd Azhar Nasrullah bin Pengiran Haji Mohd Yasrizam Ayub yang memperolehi 6 'O' level, iaitu 6C.

 

Majlis juga diteruskan lagi dengan penyampaian sijil-sijil kepada para penuntut yang menamatkan pengajian di Sekolah Sukan pada tahun 2022 yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Tetamu kehormat majlis juga menyampaikan anugerah kepada para penuntut cemerlang di dalam peperiksaan BC GCE / IGCE 'O' Level bagi tahun 2022, iaitu penuntut yang memperolehi keputusan lima kredit dan ke atas.

 

Sementara itu, penyampaian hadiah dan sijil bagi Kemajuan Penuntut Terbaik, Pencapaian Penuntut Terbaik dalam Program Am Sains, Pencapaian Penuntut Terbaik dalam Program Am Seni, Pencapaian Terbaik bagi Penuntut Aliran Sukan dan Pencapaian Penuntut Terbaik Keseluruhan disempurnakan oleh Pemangku Pengetua Sekolah Sukan.

 

Pada majlis berkenaan juga, ucapan khas turut disampaikan oleh wakil penuntut daripada Tahun 11.1, 2022, Awang Mohammad Syafiq Masliandi Shah bin Mohammad Masdi sebagai wakil penerima hadiah 'Best Student', diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru Tahun 11 dan para jurulatih serta penyampaian cenderamata oleh Timbalan Pengetua Sukan, Awang Haji Azrin bin Haji Aji kepada Mr. Matthew Eric Letham.

 

Doa Selamat dibacakan oleh Pegawai Pelajaran Sekolah Sukan, Awang Haji Md. Azrol Azmin bin Haji Ahmad.

 

Sebelum bersurai, para penerima hadiah dan sijil mengadakan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06