FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keberkesanan Penggunaan ICT Dalam Kehidupan Seharian


 


 May 12th, 2023  |  10:41 AM  |   93 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) sangat penting kerana teknologi digital digunakan hampir semua perkara dalam kehidupan seharian kita.

 

Dengan menggabungkan penggunaan ICT, ia dapat memaksimumkan kemahiran digital seseorang itu ke tahap yang sepenuhnya, sambil mempersiapkannya untuk pelbagai perkara teknologi yang lebih besar dalam era yang cenderung ke arah digital ini.

 

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Chong Chin Yee dalam pendekatan Pelita Brunei mengenai penggunaan ICT khususnya dalam kalangan wanita di negara ini.

 

''Secara umumnya, saya percaya terdapat jurang data jantina (gender data gap) dan kekurangan penyertaan dalam kalangan wanita dalam industri ICT.

 

''Dengan menggunakan ICT, wanita boleh mendapat akses kepada maklumat, pendidikan, perkhidmatan penjagaan kesihatan, sumber kewangan, dan alat serta sumber penting lain yang boleh meningkatkan kualiti hidup mereka dan meningkatkan pemerkasaan ekonomi mereka. Penggunaan ICT berpotensi untuk mengubah kehidupan ramai wanita secara positif,'' jelas Yang Berhormat.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, ICT sering disalahertikan, kerana orang cenderung menganggap ia hanya berkaitan dengan 'programming'.

 

Walau bagaimanapun tambah Yang berhormat, secara realiti, ia berkembang menjadi kemahiran hidup, yang digunakan dalam aktiviti seharian kita.

 

Kemahiran digital ujar Yang Berhormat, adalah kebolehan dan pengetahuan yang diperlukan untuk seseorang menggunakan teknologi digital seperti telefon pintar dengan berkesan dan mempunyai telefon pintar adalah sesuatu yang bagus, tetapi tanpa kemahiran digital, kita mungkin tidak dapat memaksimumkan potensi sepenuhnya.

 

''Baru-baru ini, saya mendapati bahawa dengan iOS 15 dan ke atas, kita boleh menambahkan acara di kalendar dengan mudah dengan hanya mengambil gambar kad jemputan dan menggunakan ciri 'TEKS LANGSUNG' (LIVE TEXT).

 

''Apabila kita mengklik butang, tarikh akan muncul dan dengan segera ditambah ke kalendar,'' jelas Yang Berhormat lagi.

 

Bagi golongan wanita yang kurang mahir dalam penggunaan ICT, Yang Berhormat Chong Chin Yee mengongsikan mengenai projek Brunei ICT Sisters yang dilancarkan dengan matlamat untuk mewujudkan komuniti inklusif dan menggalakkan kepelbagaian jantina dalam ICT.

 

Antara perancangan melalui projek berkenaan tambah Yang Berhormat ialah untuk menyediakan wanita dalam ICT dengan sumber yang diperlukan untuk membangunkan kemahiran digital mereka dan menjadi fasilitator sendiri melalui bengkel yang diterajui komuniti, dengan pendekatan unik ini akan dapat membantu mewujudkan kumpulan fasilitator mahir yang boleh mengajar mereka yang sukar dihubungi.

 

Sementara itu, Pengasas Bersama Green Brunei, Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari semasa ditemui pula berpendapat, penggunaan ICT dalam kalangan wanita dapat memberikan peluang dan manfaat yang signifikan.

 

Menurutnya, penggunaan ICT membukakan lebih banyak peluang untuk mengakses maklumat, pendidikan, pekerjaan, perkhidmatan kesihatan, dan hubungan sosial dengan lebih mudah, terutamanya bagi wanita yang tidak dapat bekerja di luar disebabkan oleh pelbagai perkara tertentu, penggunaan ICT dapat membantu dalam menjana pendapatan melalui 'online selling' dan sebagainya.

 

Menyentuh mengenai kepentingan penggunaan ICT pada masa ini jelasnya, ia sangat penting kerana dunia kita semakin terhubung dan bermaklumat, apatah lagi di Negara Brunei Darussalam, pelbagai perkhidmatan sudah pun beralih ke platform dalam talian, jadi kemahiran penggunaan ICT adalah sangat penting tidak kira umur agar tidak ketinggalan.

 

Malahan tambahnya, kemahiran berkenaan berguna bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran tentang isu semasa dan sebagainya. Namun, pada masa yang sama, kemahiran ini haruslah dilengkapkan dengan kesedaran tentang keselamatan dalam menggunakan platform ICT dan dalam talian, bagi mengelakkan kes-kes seperti 'online scam' dan sebagainya.

 

Beliau juga turut mengongsikan tentang beberapa kemanfaatan menggunakan ICT dalam pelbagai cara antaranya akses kepada maklumat, iaitu ICT membolehkan akses mudah kepada pelbagai sumber maklumat dan pengetahuan melalui internet. Wanita dapat mencari maklumat tentang pendidikan, kewangan, kesihatan, dan banyak lagi.

 

Selain itu jelasnya lagi, pendidikan jarak jauh, iaitu ICT memungkinkan akses kepada pendidikan jarak jauh dan pembelajaran dalam talian. Wanita yang tinggal di luar bandar atau memiliki keterbatasan pengangkutan / pergerakan dapat mengakses peluang pendidikan tanpa perlu berpindah tempat.

 

Pekerjaan dan keusahawanan juga boleh dimanfaatkan dengan penggunaan ICT, iaitu ia membuka pintu kepada peluang kerja dan keusahawanan. Wanita dapat bekerja dari rumah, menjalankan perniagaan dalam talian, atau mengakses pasaran kerja global melalui platform digital.

 

Di samping itu ujarnya, penyampaian perkhidmatan kesihatan, ICT memungkinkan penyampaian perkhidmatan kesihatan jarak jauh. Wanita di luar bandar atau warga emas dapat memperolehi nasihat perubatan tanpa perlu berjalan jauh.

 

Bagi golongan wanita yang kurang mahir dalam penggunaan ICT, khususnya golongan warga emas dan masyarakat yang tinggal di luar bandar, beliau mengongsikan beberapa langkah yang dapat diambil, iaitu pendidikan dan kesedaran dengan menyediakan program pendidikan dan kesedaran tentang penggunaan ICT yang sederhana dan sesuai dengan keperluan mereka.

 

Tambahnya lagi, ini boleh dilakukan melalui kelas-kelas komputer bagi warga emas atau program pembelajaran dalam talian. Ini haruslah dibuat melalui Whole of Nation Approach dengan penglibatan pihak kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan (NGO).

 

Di samping itu ujarnya, akses kepada infrastruktur, iaitu meningkatkan akses kepada infrastruktur ICT seperti akses internet yang terjangkau dan peralatan komputer. Contoh yang dapat dilihat ialah akses ke internet yang disediakan bagi penduduk Kampung Sukang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06