FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Khatam Al-Quran 77 Kali Daerah Belait Turut Bermula


 


 May 12th, 2023  |  10:48 AM  |   110 views

KUALA BELAIT

 

Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 77 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 Bagi Tahun 2023 telah diadakan hari ini di kesemua daerah.

 

Bagi Daerah Belait, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 77 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Mohamad Jamalul Alam, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari Juz Pertama. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

 

Peserta-peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, penuntut-penuntut sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi di keempat-empat daerah mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliawanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili sekolah-sekolah Arab, sekolah-sekolah ugama dan Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun serta  penuntut-penuntut sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan institusi-institusi pengajian tinggi.

 

Turut hadir Pemangku Pegawai Daerah Belait, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Belait, pegawai-pegawai ugama, bilal-bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06