Home > Sports
Atlet Angkat Berat NBD Raih Tempat Keempat
May 14th, 2023 | 08:05 AM | 316 views
CAMBODIA
Dua atlet Negara Brunei Darussalam bagi sukan Angkat Berat meneruskan saingan dalam temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32, 2023 yang berlangsung di Olympic Complex : Taekwondo Hall, Phnom Penh, Kemboja, hari ini.
Liyana Safiah binti Haji Sidek berada di kedudukan keempat dalam peringkat akhir acara U49Kg bagi Wanita dengan angkatan secara keseluruhannya 120kg.
Atlet wanita dari Thailand memungut pingat emas selepas berjaya menghimpun angkatan sejumlah 191kg dan atlet dari Filipina meraih pingat perak, manakala atlet dari Indonesia meraih pingat gangsa.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Honorary Life President Southeast Asian Games Federation (SEAGF) berkenan menyaksikan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pingat-pingat kepada para pemenang bagi acara U49Kg bagi Wanita.
Sementara itu, dalam acara U61Kg bagi Lelaki, Mohammad Nashrul Hj Abu Bakar meraih tempat keempat dengan jumlah angkatan secara keseluruhannya 226Kg bagi Clean and Jerk.
Atlet dari Indonesia mengungguli acara tersebut dengan jumlah angkatan 303kg sekali gus meraih pingat emas dan atlet dari Filipina meraih pingat perak, manakala pingat gangsa milik atlet dari Thailand.
Setakat hari ini, Negara Brunei Darussalam meraih dua pingat emas, satu pingat perak dan enam pingat gangsa pada temasya Sukan SEA Ke-32.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]