FacebookInstagramTwitterContact

 

Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'           >>           Slowdown In US Job Growth Revives Rate Cut Talk           >>           Apple Sales Fall In Nearly All Countries           >>           Goldman Sachs Removes Bankers' Bonus Limit           >>           Turkey Halts Trade With Israel Over 'Humanitarian Tragedy' In Gaza           >>           Kyiv Can Use British Weapons Inside Russia – Cameron           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Masjid RIPAHS Adakan Pertandingan Bacaan Al-Quran


 


 May 15th, 2023  |  07:40 AM  |   99 views

RIMBA

 

Bersempena dengan penubuhan Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS), Kampung Rimba Ke-16 Tahun, Pertandingan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran Secara Murattal bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir, Kumpulan Muslimah dan Kelas Bimbingan Al-Quran bagi umur 50 tahun ke atas diadakan hari ini buat kali kedua yang berlangsung di masjid berkenaan, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohammad Ali bin Tanjong yang juga selaku Ketua Kampung Lumapas 'B'.

 

Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu Kategori 'A' bagi peserta lelaki yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Jemaah Masjid, manakala Kategori 'B' pula bagi peserta perempuan yang terdiri daripada Kumpulan Muslimah, Masjid dan Jemaah Masjid.

 

Muncul juara dalam Kategori 'A' ialah Awang Abu Bakar bin Burut dengan memperoleh markah sebanyak 92.5 peratus dengan membawa pulang sebuah piala dan wang tunai berjumlah BND500 manakala tempat kedua dimenangi oleh Awang Haji Suhaili bin Haji Lamit yang meraih markah sebanyak 88 peratus dan tempat ketiga disandang oleh Awang Mohd. Yassin bin Haji Jumarat.

 

Sementara itu, Kategori 'B' pula dimenangi oleh Dayang Hajah Fatimah binti Haji Duraman dengan memperoleh markah sebanyak 93.75 dengan membawa pulang sebuah piala dan wang tunai berjumlah BND500 manakala tempat kedua dimenangi oleh Dayang Hajah Asiah binti Haji Hamzah dan tempat ketiga disandang oleh Dayang Hajah Saleha binti Haji Said.

 

Antara objektif pertandingan tersebut ialah untuk menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan masjid mesra jemaah.

 

Di samping itu juga, untuk memberikan kefahaman mendalam lagi tentang murattal dan juga menggalakkan para ahli AJK Muslimah dan Jemaah untuk hadir ke masjid dan mencungkil bakat yang tersedia ada dan terpendam.

 

Selain itu, pertandingan ini adalah untuk mencari peserta yang berbakat untuk mewakili pertandingan seumpama ini di peringkat daerah mahupun negara serta menambah minat dalam bidang bacaan murattal.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16