FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Profesion Jururawat, Bidan Adalah Tulang Belakang Perkhidmatan Kesihatan


 


 May 15th, 2023  |  07:56 AM  |   161 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Profesion jururawat dan bidan adalah profesion yang mulia, yang memerlukan kesabaran dan dedikasi yang tinggi serta sentiasa mewujudkan sikap mementingkan kerja di atas diri sendiri.

 

Profesion ini telah banyak berkembang, daripada memberi perkhidmatan 'bedside nursing care' kepada jenis tugas-tugas yang lebih kepada 'highly technical' dan 'advanced'.

 

Dalam menerapkan Patient Safety di setiap perlaksanaan penjagaan dan perawatan kepada pesakit selaras dengan dasar-dasar yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan, mudah-mudahan Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan mampu mengorak langkah yang lebih jauh ke arah penyediaan jururawat dan bidan pakar atau Advanced Practice Nurse pada masa akan datang demi menangani cabaran kesihatan dan perawatan di masa hadapan.

 

Perkara berkenaan dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar di Majlis Pelancaran Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2023 anjuran Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.

 

Terdahulu itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyatakan, pada tahun ini, Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa mempunyai tema 'Our Nurses, Our Future', yang mana tema ini adalah sebuah kempen yang dilaksanakan di seluruh dunia bagi kesiapsiagaan jururawat pada masa akan datang dalam menangani pelbagai cabaran kesihatan global dan meningkatkan kesihatan global untuk semua.

 

Menurut Yang Berhormat, tema berkenaan juga menunjukkan bahawa profesion jururawat dan bidan di dalam penjagaan kesihatan adalah sangat penting yang menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata, sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan dari tahun ke tahun kian pesat berkembang dengan kecenderungan penggunaan IT dan internet.

 

Jururawat dan bidan justeru itu tekan Yang Berhormat lagi, perlu sentiasa 'up-to-date' mengikut trend teknologi perubatan terkini bagi mencapai harapan klien yang semakin meningkat.

 

Di Negara Brunei Darussalam jelas Yang Berhormat, semakin ramai jururawat dan bidan mempunyai latar belakang pendidikan atau 'qualification' yang lebih tinggi daripada sebelum ini seperti di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana mahupun ke peringkat Doktor Falsafah.

 

Di samping kompeten dalam mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan teknologi tegas Yang Berhormat, apa yang diharapkan jururawat dan bidan di negara ini perlu prihatin kepada nilai-nilai sosial, naluri kemanusiaan dan etika kejururawatan perlulah dikekalkan pada setiap masa.

 

''Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa kepada semua jururawat dan bidan di negara ini.

 

''Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga atas sumbangan khidmat jasa dan bakti semua jururawat dan bidan sepanjang tempoh perkhidmatan di Kementerian Kesihatan. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala memberi pahala yang berlipat ganda kepada semua jururawat dan bidan," tambah Yang Berhormat lagi.

 

Sementara itu, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Kejururawatan, Awang Haji Salehkamal bin Haji Badarudin dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan mengenai inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan termasuk meningkatkan pembangunan profesional kejururawatan dengan berkolaborasi bersama pihak-pihak yang berkepentingan untuk menyediakan jururawat dan bidan yang berpengetahuan tinggi dan kompeten.

 

Di samping itu juga menurutnya, langkah-langkah yang dilaksanakan termasuklah menyediakan satu sistem pemantauan klinikal jururawat dan bidan yang lebih komprehensif dengan menekankan keselamatan pada pesakit, iaitu Patient Safety di setiap perlaksanaan penjagaan dan perawatan selaras dengan dasar-dasar yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan, dan melaksanakan Kursus Pengurusan dan Kepimpinan yang intensif bagi menyediakan jururawat serta bidan dengan ilmu dan amalan sejajar dengan etika kejururawatan.

 

“Justeru itu, komitmen yang padu para jururawat dan bidan mendukung usaha-usaha ini, kita akan terus maju jaya, mantap, efisien, dinamik dan inovatif untuk terus mengalas kualiti tinggi dan kecemerlangan profesion kejururawatan.

 

''Kepekaan dan kesiapsiagaan adalah penting agar jururawat dan bidan lebih responsif terhadap keperluan kesihatan dan sebarang perubahan ataupun cabaran paradigma kesihatan yang akan mendatang,'' ujarnya lagi.

 

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2023 diteruskan dengan acara memotong pulut kuning sempena sambutan berkenaan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Turut diadakan semasa majlis berkenaan ialah Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dimeriahkan dengan 'booth-booth' dengan tema masing-masing serta persembahan nyanyian oleh para jururawat.

 

Juga hadir di majlis berkenaan, para pegawai kanan kejururawatan, jururawat dan bidan yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan, jururawat dan bidan daripada sektor swasta, institusi pendidikan kejururawatan termasuk Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Politeknik Brunei dan Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam serta para mantan pegawai kejururawatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06