FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


20 Siswa, 19 Siswi Terima Masuk ITQSHHB


 


 May 21st, 2023  |  13:14 PM  |   133 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 39 orang iaitu 20 siswa dan 19 siswi telah diterima masuk bagi mengikuti pengajian di Peringkat Diploma Tertinggi sesi pengajian 2023-2026 di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB).

 

Sehubungan itu, Majlis Penerimaan Siswa-Siswi Baharu ITQSHHB telah diadakan pagi tadi yang berlangsung di Dewan Kuliah institut berkenaan, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang selaku Ahli Lembaga dan Jawatankuasa Akademik dan Peperiksaan ITQSHHB.

 

Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan Al-Quran dari Surah Al-Waqiah ayat 75 hingga 96 yang dibacakan oleh Siswa Tahun 1, Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat, ITQSHHB, Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi.

 

Manakala inti sari ayat disampaikan oleh Awang Muhammad Faiz Najwan bin Muhammad Saleh.

 

Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua ITQSHHB, Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, diikuti Penyampaian Kitab Qiraat kepada siswa-siswi baharu yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Sejurus itu acara diteruskan dengan bacaan Ikrar daripada siswa-siswi baru ITQSHHB sesi 1444H/2023M yang diketuai oleh Siswa Tahun 1, Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat , Awang Muhammad Hafizul Haziq bin Muhammad Shahrin.

 

Bagi memberkati majlis, bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pensyarah Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat, Awang Yusairi bin Asbol.

 

Majlis ini merupakan acara kemuncak kepada program Minggu Ta'aruf (orientasi) yang diadakan selama dua hari, bermula pada Rabu, 3 Mei hingga khamis, 4 Mei yang lalu.

 

Antara aktiviti yang diaturkan sepanjang sesi orientasi tersebut adalah Sesi Taklimat dari Bahagian Pengajian Tinggi Diploma Aliyah Qiraat, Sesi Motivasi yang disampaikan oleh Dayang Siti Hanisah binti Haji Othman dan Sesi Kongsisama bertajuk 'Melahirkam Huffaz yang Cemerlang' disampaikan oleh Pengiran Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin.

 

Turut hadir, pegawai-pegawai kanan dari KHEU, para ibu bapa, siswa-siswi yang diraikan serta pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan ITQSHHB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48