FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Terima Kunjungan Kapal Persiaran Oceania Insignia


 


 May 22nd, 2023  |  07:44 AM  |   145 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) hari ini sekali lagi menerima kedatangan kapal persiaran Oceania Insignia yang kini berlabuh di Pelabuhan Muara.

 

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, kapal persiaran Oceania Insignia merupakan kapal persiaran ketiga yang berlabuh di negara ini selepas Seven Seas Mariner yang telah berkunjung ke negara ini pada 5 Mac 2023 yang lalu.

 

Oceania Insignia berlabuh dari Miami, Florida dan membawa seramai 554 penumpang.

 

Sebahagian besar penumpang kapal persiaran ini mengikuti lawatan eksklusif ke beberapa tempat menarik di negara ini termasuk Tamu Kianggeh, Kampong Ayer, Muzium Alat Kebesaran Diraja, Kompleks Membeli-belah Yayasan dan Masjid Jame' Asr, manakala sebahagian penumpang berada di pusat pelabuhan menikmati produk-produk tempatan seperti kraf tangan yang ditawarkan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

 

Salah seorang penumpang, Kevin dari California, Amerika Syarikat berkongsi pengalaman semasa membawa lawatan ke beberapa tempat dan telah memberikan maklum balas yang positif selepas melawat Kampong Ayer, Kompleks Membeli-belah Yayasan dan Muzium Alat Kebesaran Diraja.

 

Beliau berpendapat bahawa lawatan ini sangat menarik dengan mempelajari budaya dan warisan NBD dan ditambah lagi dengan sambutan daripada warga tempatan yang membuatkannya akan berkunjung sekali lagi ke negara ini pada masa akan datang.

 

Sementara itu, Margo Hampton dari Amerika Syarikat yang merupakan salah seorang penumpang kapal persiaran itu juga berkongsi pengalamannya yang unik selepas berpeluang menikmati masakan-masakan tempatan di Kampong Ayer.

 

Beliau sangat teruja semasa melawat Muzium Alat Kebesaran Diraja dan merancang untuk melawat muzium-muzium yang lain dan belajar tentang budaya Brunei pada masa akan datang.

 

Dengan kedatangan kapal-kapal persiaran antarabangsa ke negara ini, NBD akan menjadi destinasi yang mesti dikunjungi kerana negara ini kaya dengan budaya, warisan, juadah makanan dan kehijauan.

 

NBD akan menerima tiga lagi kapal persiaran pada tahun ini yang mana kapal persiaran Norwegian Jewel dijangka akan berada di perairan Brunei pada 6 November 2023.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48