Home > Bahasa Melayu
Kerja Penyucian Tangki Di Sungai Hanching 2
May 23rd, 2023 | 07:35 AM | 78 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama para penduduk di kawasan-kawasan yang terjejas bahawa kerja-kerja penyucian tangki air di Sungai Hanching 2, akan dilaksanakan pada Selasa, 23 Mei 2022, bermula jam 9.00 pagi hingga kerja-kerja selesai.
Oleh yang demikian, beberapa kawasan terjejas iaitu kawasan Kampung Sungai Tilong, Kampung Sungai Hanching, Kampung Salambigar, STKRJ Tanah
Jambu, Kampung Tanah Jambu, Masjid Salambigar, sebahagian Perpindahan Lambak Kanan dan Kawasan sekitarnya.
Sebahagian kawasan-kawasan terlibat berkemungkinan mengalami tekanan air rendah (terutama kawasan-kawasan tanah tinggi).
Untuk sebarang aduan mengenai gangguan bekalan air atau/dan permohonan pembekalan air tanker, sila hubungi Talian Darussalam 123.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]