Home > Bahasa Melayu
Pengukuran Bagi Bot-Bot Yang Berdaftar Di NBD
May 23rd, 2023 | 07:36 AM | 108 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa MPABD akan melakukan pengukuran bagi bot-bot yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam mengikut jadual, waktu dan tempat-tempat yang di nyatakan.
Pemeriksaan tersebut akan dilakukan pada Khamis, 25 Mei 2023 bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di Kawasan penurunan perahu Kampung Batu Apoi, Temburong.
Sehubungan dengan itu, adalah dikehendaki pemilik bot-bot sentiasa menjaga keselamatan kapal dan mematuhi peraturan-peraturan perkapalan pedagang (pendaftaran kapal menangkap ikan dan pelesiran) 2011 dan peraturan-peraturan yang berkaitan pada setiap masa.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi +673 831 2809.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]