FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mohamad Amir Irwan Terima Princess Maha Chakri Award


 


 May 23rd, 2023  |  07:52 AM  |   134 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Guru Akademik Kanan Jurulatih Literasi di Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang, iaitu Awang Mohamad Amir Irwan bin Haji Moksin merupakan penerima bagi Princess Maha Chakri Award 2023.

 

Anugerah berkenaan boleh dianggap sebagai mekanisme untuk kesinambungan persahabatan dalam kalangan negara-negara ASEAN dengan semua Kedutaan Thailand di Asia Tenggara yang menjadi penghubung di negara-negara berkenaan untuk berhubung dengan para penerima setiap negara termasuk memberi lawatan, menjemput penerima untuk mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti berkaitan sebagai 'Rakan Thailand'.

 

Ini juga termasuk Kedutaan Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam (NBD) yang melibatkan pelbagai aktiviti dan perayaan dengan jemputan semua penerima sebelum ini daripada yang pertama sehingga keempat untuk mengambil bahagian.

 

Sehubungan itu, delegasi Yayasan Anugerah Puteri Maha Chakri (Princess Maha Chakri Award Foundation - PMCAF) yang diketuai oleh Pengerusinya, Dr. Krissanapong Kirtikara bersama ahli jawatankuasa mengadakan lawatan ke NBD pada 21 hingga 24 Mei 2023 bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengajar bersama para guru di negara ini terutamanya penerima PMCA yang terkini.

 

Rombongan adalah termasuk Pratin Leamchamroon, penerima anugerah dari Thailand tahun 2021, yang telah memberi penghormatan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke NBD, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai bertempat di Kedutaan Diraja Thailand di NBD, Kampung Kiarong.

 

Rombongan juga berpeluang bersemuka dan sekali gus bertukar-tukar pandangan bersama Awang Mohamad Amir Irwan.

 

Pencapaian cemerlang beliau sebelum ini adalah termasuk mengambil bahagian dalam pembangunan pendidikan kedua-dua peringkat tempatan dan antarabangsa selain bekerja daripada waktu biasa beliau bekerja seperti pada hujung minggu dan tempoh rehat untuk menyediakan pengajaran tambahan untuk pelajar yang lemah.

 

Beliau juga memulakan pembelajaran projek-projek bahasa Inggeris untuk guru dan pertukaran program perancangan kurikulum masa depan.

 

Penyediaan dan penyertaan beliau untuk majlis anugerah kelima yang akan datang di Bangkok untuk semua 11 penerima dari ASEAN dan Timor-Leste pada 17 Oktober tahun ini juga telah dibentangkan untuk perbincangan semasa mesyuarat.

 

Menurut Dr. Krissanapong Kirtikara, anugerah Princess Maha Chakri Award ialah bagi memperingati dan mengiktiraf guru-guru cemerlang yang telah mendedikasikan dan melepaskan usaha mereka dalam membantu dan menggalakkan pendidikan untuk pembangunan negara.

 

Tambahnya, penerimaan anugerah berkenaan akan menjadi satu lagi langkah bagi mereka untuk meluaskan pengetahuan dan kemajuan mereka.

 

Anugerah berkenaan adalah untuk memperingati majlis-majlis seperti Hari Ulang Tahun Puteri Maha Chakri Sirindhorn Ke-60 pada tahun 2015 dan PMCAF telah berusaha untuk memperingati guru-guru cemerlang yang dedikasi dan pencapaian diiktiraf di peringkat antarabangsa yang menyebabkan kesan yang ketara kepada kehidupan pelajar dan sistem pendidikan yang lebih baik.

 

PMCAF dengan kerjasama 11 Kementerian Pendidikan daripada semua negara ASEAN dan Timor-Leste akan membantu memilih dan mencalonkan setiap dua tahun, guru yang paling layak menerima anugerah berkenaan daripada setiap negara di rantau ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48