FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peluang Bertukar Idea Bahan Bantu Mengajar


 


 May 23rd, 2023  |  07:58 AM  |   123 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Fakulti Pendidikan dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Sultan Mizan, Terengganu Malaysia hari ini menganjurkan Pameran Inovasi Bahan Bantu Mengajar 2023 yang diadakan di Dewan Tarbiah, kolej universiti berkenaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada majlis perasmian pameran berkenaan, Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

 

Hadir bagi pihak IPG Sultan Mizan ialah Timbalan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu Malaysia, A Mazlam bin Ibrahim.

 

Seramai 29 pensyarah dan mahasiswa/i dari IPG Sultan Mizan tiba di kolej universiti bagi pelaksanaan program akademik selama dua hari.

 

Dalam ucapan alu-aluan Dekan Fakulti Pendidikan KUPU SB, Profesor Madya Dr. Muhd Zahiri bin Awang Mat selaku Pengerusi, menjelaskan bahawa inovasi dalam bahan bantu mengajar sangat penting dalam pendidikan memandangkan arus pendidikan yang sentiasa berubah yang memerlukan kepada kepelbagaian dalam strategi dan kaedah pengajaran dalam bilik kelas.

 

Profesor Madya Dr. Muhd Zahiri turut menyatakan bahawa adalah sangat penting bagi para guru untuk dilengkapi bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan pedagogi tetapi juga perlu kepada kemahiran kreatif dan inovasi yang boleh membantu para guru untuk menghasilkan produk pengajaran yang terkini termasuklah dalam mengadakan bahan bantu mengajar yang memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu pelajaran.

 

Melalui pameran berkenaan jelasnya, diharapkan dapat memberi peluang kepada pertukaran idea berkaitan pembentukan bahan bantu mengajar yang efisien.

 

Dalam ucapan perasmian tetamu kehormat majlis, beliau menyatakan bahawa dalam membentuk bahan bantu mengajar yang baik perlu memenuhi beberapa ciri tertentu termasuk menggunakan bahan-bahan maujud, kos yang murah, mudah alih dan praktikal.

 

Pameran tersebut jelasnya, diharapkan dapat menyumbang kepada idea-idea terkini antara dua institusi berdasarkan pelbagai pengalaman pengajaran di negara masing-masing.

 

Sebanyak 66 bahan bantu mengajar dibentangkan dalam pameran berkenaan yang direka bentuk oleh mahasiswa/i program Diploma Perguruan Ugama Lepas Ijazah, Sarjana Muda Perguruan Ugama, Diploma Tertinggi Perguruan Ugama KUPU SB dan mahasiswa/i IPG Sultan Mizan.

 

Pameran juga turut diserikan dengan sesi diskusi bahan bantu mengajar daripada kedua-dua buah institusi.

 

Pada sesi pagi, pembentangan diadakan berkaitan 'aplikasi teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah' yang disampaikan oleh Guru Pelatih Tahun 3 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Sultan Mizan Terengganu, Ameer Mustaqeem bin Mohamad.

 

Bahan bantu mengajar yang direka bentuk berbentuk teknologi AI tersebut tertumpu kepada mengajar menulis huruf-huruf Hijahiyah secara khususnya bagi para pelajar sekolah dan pada masa yang sama, menimbulkan minat pelajar untuk menyertai pembelajaran berkenaan.

 

Menggunakan program AI tersebut, pelajar boleh mempelajari pelbagai langkah membentuk huruf-huruf Hijahiyah menggunakan pergerakan tangan yang boleh dikesan oleh program AI berkenaan sambil berinteraktif dengan program berkenaan.

 

Pada sesi petang, pembentangan bertajuk 'Pembangunan Produk Inovasi dan Pengkomersialan' disampaikan oleh Profesor Dr. Mohd Shahril bin Ahmad Razimi dari Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan KUPU SB.

 

Profesor Dr. Mohd Shahril menerangkan bahawa inovasi membawa pelbagai maksud seperti proses menghasilkan produk baharu serta belum pernah wujud sebelumnya, pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, suatu susunan bahan secara terancang untuk menghasilkan suatu produk yang baharu mahupun konsep untuk menyusun maklumat visual bagi menghasilkan imej dua dimensi.

 

Antara jenis inovasi terangnya termasuk inovasi penciptaan yang melibatkan penciptaan awal produk yang belum dihasilkan, seterusnya inovasi pengembangan yang melibatkan mengembangkan produk yang sedia ada,

 

Fasa selanjutnya tambahnya ialah inovasi duplikasi, iaitu proses di mana produk yang ada dijadikan rujukan bagi penghasilan produk lain dan fasa terakhir ialah inovasi sentisis, iaitu mempelbagaikan fungsi produk agar boleh diguna pakai dalam pelbagai bidang (nilai tambah).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48