FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


. Ke Arah Mengurangkan Risiko, Membina Daya Tahan Terhadap Bahaya


 


 May 23rd, 2023  |  08:04 AM  |   247 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

The High-Level Meeting of the General Assembly on the Midterm Review of the Sendai Framework (MTR SF) telah diadakan pada 18 dan 19 Mei 2023 di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York, Amerika Syarikat.

 

Hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

 

Mesyuarat Peringkat Tertinggi ini adalah anjuran pihak United Nations for Disaster Risk Reduction (UNDRR) dipengerusikan oleh President of the United Nations General Assembly, Tuan Yang Terutama Csaba Korösi.

 

Mesyuarat membincangkan tema 'Working Together to Reduce Risk for a Resilient Future' yang antara lain bertujuan untuk memberikan peluang kepada negara-negara anggota, rakan kongsi dan pihak berkepentingan peringkat antarabangsa untuk bersama-sama mencari penyelesaian bagi membina masa depan yang berdaya tahan bencana, selaras dengan hasrat inisiatif Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 ke arah mengurangkan risiko dan membina daya tahan terhadap bahaya semasa, baru muncul dan akan datang.

 

Ia merupakan langkah pertama bagi negara-negara anggota untuk menilai keberkesanan dan kemajuan Sendai Framework serta mengkaji semula amalan terbaik khususnya dalam aspek inovasi dan teknologi baharu bagi menangani jurang dan cabaran bencana masa depan seperti wabak penyakit dan impak perubahan iklim.

 

Seramai lebih dari 132 buah negara telah menghadiri mesyuarat ini dan secara umumnya telah menyuarakan mengenai komitmen bersepadu dalam mengurangkan risiko bencana secara menyeluruh.

 

Selain itu, negara-negara berkenaan juga telah mengongsikan pelbagai amalan dan pandangan terbaharu bagi meningkatkan kesedaran global terhadap kepentingan kerjasama.

 

Mesyuarat ini seterusnya juga telah menghasilkan dan meluluskan Political Declaration yang mengesyorkan dasar konkrit dan penyelesaian praktikal yang membolehkan semua negara untuk mempercepatkan kemajuan pelaksanaan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030. secara menyeluruh.

 

Selain itu, negara-negara berkenaan juga telah mengongsikan pelbagai amalan dan pandangan terbaharu bagi meningkatkan kesedaran global terhadap kepentingan kerjasama.

 

Mesyuarat ini seterusnya juga telah menghasilkan dan meluluskan Political Declaration yang mengesyorkan dasar konkrit dan penyelesaian praktikal yang membolehkan semua negara untuk mempercepatkan kemajuan pelaksanaan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa sesi plenari dalam kenyataan beliau telah menyampaikan kedudukan Negara Brunei Darussalam dengan mengongsikan langkah-langkah proaktif untuk mengurangkan kesan bencana yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Brunei Darussalam termasuk penggubalan dasar dan perancangan negara dengan penglibatan pelbagai agensi yang berkepentingan seperti Brunei Darussalam Climate Change Policy dan Disaster Management Strategic Policy Framework yang menyediakan rangka kerja untuk pendekatan yang lebih bersepadu merentas sektor dan pelbagai pihak berkepentingan dan pada masa yang sama memastikan sinergi antara pengadaptasian perubahan iklim, pengurangan risiko bencana dan pembinaan daya tahan bencana.

 

Yang Berhormat juga menekankan kepentingan untuk meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam pengurangan risiko bencana, khususnya dalam menangani risiko dan bahaya merentas sempadan yang membolehkan kita untuk bertindak balas secara kolektif terhadap bencana di rantau ini dengan cepat, berkesan dan tepat pada masanya ke arah pelbagai jenis kecemasan dan bencana selaras dengan tema mesyuarat.

 

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dan pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48