Home > Bahasa Melayu
Pembaikan Injap Paip Air Dilaksanakan
May 24th, 2023 | 07:18 AM | 86 views
BELAIT
Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama para penduduk di kawasan-kawasan yang terjejas bahawa kerja-kerja pembaikan injap paip air 'non-return valve' yang bocor di stesen pam air mentah Badas peringkat 4, akan dilaksanakan pada Rabu, 24 Mei 2022, bermula jam 9.00 malam.
Oleh yang demikian, beberapa kawasan terjejas iaitu keseluruhan Mukim Seria, Mukim Kuala Balai, Mukim Kuala Belait dan sekitarnya.
Kerja-kerja pembaikan akan mengambil masa sekitar 5 jam. Kawasan-kawasan terlibat berkemungkinan mengalami tekanan air rendah (terutama kawasan-kawasan tanah tinggi).
Untuk sebarang aduan mengenai gangguan bekalan air atau/dan permohonan pembekalan air 'tanker', sila hubungi Talian Darussalam 123.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]