FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Pemahaman Kesejahteraan Mental, Lawan Stigma


 


 May 24th, 2023  |  07:25 AM  |   92 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kepentingan kesihatan mental telah menjadi lebih meluas sejak pandemik dan akibatnya, lebih ramai orang dan syarikat telah mula memecahkan stigma yang berkaitan dengan penyakit mental dengan mewujudkan platform untuk pemahaman yang lebih baik tentang kesejahteraan mental dan melaksanakan pendekatan yang lebih sihat untuk mengekalkan kehidupan kerja yang seimbang.

 

Kesihatan mental bukan sahaja tentang kesejahteraan psikologi individu tetapi juga merangkumi kesejahteraan emosi dan sosial.

 

Mempunyai kecenderungan mental yang sihat membantu menentukan cara seseorang itu mengendalikan tekanan, berinteraksi antara satu sama lain dan membuat pilihan yang lebih sihat.

 

Salah satu keadaan kesihatan mental yang paling biasa ialah gangguan kebimbangan (anxiety disorder) dan ia adalah perkara biasa berlaku di tempat kerja. Punca kebimbangan di tempat kerja berbeza-beza seperti daripada bimbang tentang prestasi kerja, hubungan kerja, menyelesaikan kerja sebelum tarikh akhir (meeting deadlines), keselamatan kerja sehinggalah bekerja pada jam yang berlebihan.

 

Adalah perkara biasa untuk berasa bimbang tentang pekerjaan kerana ia memainkan peranan penting dalam kehidupan oleh itu adalah penting untuk menangani isu ini kerana ia boleh menjejaskan prestasi kerja pekerja seperti tidak dapat menumpukan perhatian, tidak bermotivasi dan meningkat dalam cuti sakit.

 

Kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja sentiasa menjadi keutamaan di Unified National Networks (UNN).

 

Oleh itu, salah satu daripada pelbagai inisiatif adalah untuk meningkatkan kesejahteraan warga kerja UNN dengan mengamalkan keseimbangan kerja-kehidupan di mana beberapa aktiviti di luar pejabat dijalankan bukan sahaja untuk memupuk gaya hidup sihat tetapi juga membina semangat kekitaan yang kuat dan komunikasi terbuka antara pekerja.

 

Rasa kekitaan akan mewujudkan persekitaran yang selamat dan tempat kerja yang produktif yang sentiasa dipromosikan di UNN.

 

''Ia adalah sebahagian daripada budaya kerja UNN untuk mengamalkan persekitaran kerja yang positif dengan menggalakkan komunikasi terbuka antara penyelia dan rakan sekerja, serta menyediakan pendidikan berterusan dan mewujudkan kesedaran di kalangan pekerja kami tentang kepentingan kesejahteraan mereka,'' seperti yang ditegaskan oleh Pemangku Ketua Sumber Manusia UNN, Dayang Roslaini binti Othman.

 

Pandemik global mempercepatkan pelaksanaan pelbagai aktiviti oleh bahagian Sumber Manusia syarikat di bawah Program Kesedaran Kesihatan Mental UNN. Di bawah program ini, penceramah dari Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dan pengamal profesional, Clarity Brunei telah dijemput untuk bercakap mengenai kepentingan kesihatan mental, jenis isu kesihatan mental yang biasa di tempat kerja, dan cara untuk mendapatkan bantuan dan sokongan untuk menangani tekanan yang membawa kepada kesihatan mental yang lemah.

 

''Program Kesedaran Kesihatan Mental masih diteruskan dalam syarikat,'' kata Ketua Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar UNN, Mohamad Khairil Fadlillah Said.

 

“Sebahagian daripada rancangan berterusan kami adalah untuk memilih beberapa rakan sekerja kami untuk menjadi peneraju kesihatan mental di mana mereka akan dilatih tentang cara mendengar kebimbangan yang dibangkitkan oleh kakitangan kami dan menghulurkan bantuan atau sokongan kepada kakitangan yang mengalami tekanan, kebimbangan, atau kemurungan agar mereka rasa ada tempat yang selamat di UNN untuk mereka sampaikan apa sahaja yang mereka rasa.

 

''Kadang-kadang, kita hanya perlukan seseorang untuk mendengar. Di samping itu, kami secara aktif bekerjasama dengan Jawatankuasa Agama UNN kami untuk mengatur dan menjemput Ustaz untuk menangani subjek kesihatan mental dari sudut Islam. Sebelum ini, kami menjemput Awang Fariszal bin Ali, Penolong Kaunselor Penjara dari Jabatan Penjara untuk menyampaikan ceramah, dan kami berhasrat untuk mengekalkan amalan ini pada masa hadapan,'' tambah beliau.

 

Program Gaya Hidup Sihat (HLP) UNN diperkenalkan untuk kakitangan UNN supaya berdaya tahan dalam menjaga kesihatan mental mereka, melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan memupuk kerjasama merentas domain.

 

HLP bertindak sebagai platform untuk pekerja daripada pasukan dan bahagian yang berbeza untuk berinteraksi antara satu sama lain, membina kebiasaan dan memupuk hubungan kerja yang lebih baik bukan sahaja antara rakan sekerja tetapi juga pengurus barisan, yang seterusnya membantu membuka laluan yang lebih lancar untuk kerjasama antara jabatan semasa bekerja.

 

Aktiviti luar waktu bekerja seperti Paintball, Hiking, Kelas Pertahanan, Brisk Walk, Yoga, Badminton, Board Games, Boling dan Futsal dipromosikan diseluruh domain kerjasama bukan sahaja untuk memupuk gaya hidup sihat, tetapi juga untuk menggalakkan kerja berpasukan kerana ia merupakan sebahagian daripada Nilai teras UNN.

 

Domain Sumber Manusia menjalankan larian maya, sempena Hari Kesihatan Sedunia pada April 2023, di mana pekerja yang berjaya mencapai jarak tertinggi dengan berjalan kaki yang dijejaki oleh aplikasi, diberi ganjaran.

 

Prestasi jangka panjang sesebuah syarikat sangat dipengaruhi oleh kesejahteraan pekerjanya. Apabila pekerja dijaga, daya tahan mereka akan meningkat, membawa kepada penglibatan yang lebih baik, mengurangkan ketidakhadiran, prestasi yang lebih tinggi dan peningkatan produktiviti – semuanya membawa kepada kejayaan organisasi yang lebih tinggi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48