FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Menerima Junjung Ziarah Jemaah Haji Negara


 


 May 25th, 2023  |  08:07 AM  |   259 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah bakal-bakal jemaah haji negara bagi musim haji tahun 1444H/ 2023M.

 

Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

 

Pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada 1,000 bakal jemaah haji, iaitu terdiri daripada 465 bakal jemaah haji lelaki; dan 535 bakal jemaah haji perempuan.

 

Sementara itu, kuota keseluruhan bagi bakal jemaah haji pada tahun ini ialah seramai 1,035 orang dan jumlah tersebut adalah termasuk Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (NBD), iaitu pentadbiran dan perubatan dan juga Pegawai Pengiring Syarikat-syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji.

 

Sebelum Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah, para bakal jemaah haji negara menikmati jamuan tengah hari, seterusnya menunaikan Solat Fardu Zuhur dan Solat Hajat Berjemaah.

 

Atas keprihatinan Kebawah DYMM terhadap kebajikan bakal-bakal jemaah haji negara, baginda berkenan mengurniakan sepasang pakaian ihram bagi lelaki manakala sepasang telekung bagi perempuan.

 

Rombongan pertama bakal jemaah haji dijangka akan meninggalkan negara pada Ahad, 4 Jun 2023, pukul 9.10 pagi.

 

Pada tahun ini, bakal-bakal jemaah haji negara mengikuti sebanyak lima buah Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji, iaitu Darussalam Services Sdn. Bhd.; Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd.; Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd.; At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.; dan Titian Travel & Tours Sdn. Bhd.

 

Kesemua bakal jemaah haji negara juga telah diberikan kursus daripada syarikat-syarikat operator haji dengan kerjasama guru ugama yang bertugas di Maktab Urusan Haji Pentadbiran NBD secara berterusan untuk membimbing mereka sebelum bertolak ke tanah suci agar bakal jemaah haji dapat melaksanakan ibadat rukun Islam kelima itu dengan sempurna dan betul.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48