FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


30 Pemenang Bawa Pulang BND300


 


 May 27th, 2023  |  07:40 AM  |   77 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 30 pemenang telah menerima ganjaran daripada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang membawa pulang hadiah berupa BIBD Virtual Mastercard (vCard) dengan nilai kredit BND300 pada acara yang berlangsung di Bangunan PGGMB di ibu negara, hari ini.

 

Dalam acara cabutan bulanan pertama sempena kempen BIBD Mega 30 ini turut menyaksikan tiga pemenang bertuah menerima hadiah kejutan.

 

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Jualan, Kumpulan Perbankan Runcit BIBD, Hajah Rohani binti Salleh.

 

BIBD, pada Februari tahun ini, melancarkan kempen 'BIBD Mega 30' selama sembilan bulan sempena sambutan ulang tahun perbankan Islamnya yang ke-30 yang menawarkan hadiah sehingga BND130,000 kepada 300 pelanggan.

 

Kempen yang diadakan dari 1 Mac hingga 31 November itu akan memberi ganjaran kepada 30 pemenang setiap bulan, tiga pemenang suku tahunan dan tiga pemenang utama.

 

Pemenang bulanan akan menerima kredit vCard, pemenang suku tahunan dengan sijil simpanan BIBD Aspirasi dan pelaburan dana bersama manakala tiga pemenang hadiah utama akan membawa pulang term deposit atau pelaburan dana bersama bernilai BND10,000 setiap satu.

 

Kempen ini terbuka kepada pelanggan BIBD baharu dan sedia ada yang memohon atau melanggan produk, perkhidmatan, kemudahan pembiayaan dan/atau melakukan transaksi BIBD.

 

Ini adalah kali pertama bank itu menawarkan promosi bersama berskala besar melalui Kumpulan Perbankan Runcit, Kumpulan Perbankan Korporat dan unit perniagaan BIBD Securities di bawah payung 'Mega 30'.

 

Kempen ini adalah bukti komitmen BIBD untuk menyediakan peluang menarik dan memberi ganjaran kepada pengalaman perbankan mereka bersama kami.

 

Melalui kempen tersebut BIBD juga mengukuhkan ikrarnya untuk mempromosikan e-duit digital bagi menyokong agenda 'Smart Nation dan Wawasan Brunei 2035.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06