Home > Bahasa Melayu
Bantu Kesan Pekerja Lari Daripada Majikan
May 27th, 2023 | 07:42 AM | 100 views
SENGKURONG
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.
Menurut kenyataan dikeluarkan PPDB di sini, laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong untuk mengesan seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia iaitu Moh Musbichin, 39, dengan nombor pasport, C7173460.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubungi ke Balai Polis Sengkurong di talian +673 2661334 atau Talian Kecemasan Polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]