FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Taklimat Kesihatan Bagi Bakal Jemaah Haji


 


 May 27th, 2023  |  07:49 AM  |   39 views

TUNGKU LINK

 

Dalam mempersiapkan bakal jemaah haji dari aspek kesihatan sebelum bertolak ke Tanah Suci, satu Taklimat Kesihatan bagi Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (NBD) Musim Haji Tahun 1444H / 2023M diadakan, hari ini, di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, di sini.

 

Taklimat tersebut bertujuan bagi memberikan penerangan mengenai peraturan-peraturan dan panduan-panduan kesihatan ditetapkan yang perlu diambil perhatian oleh para bakal jemaah haji sebelum bertolak dan semasa berada di tanah suci sehingga kembali ke tanah air.

 

Taklimat juga menerangkan proses dan prosedur untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang akan disediakan kepada bakal jemaah haji semasa di tanah suci.

 

Penerangan tersebut yang bertajuk, 'Taklimat Kesihatan Umum' serta kata-kata nasihat disampaikan oleh Penguasa Perubatan / Konsultan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (Ketua Unit Perkhidmatan Perubatan Haji), Dr. Haji Muhammad Nurhasanuddin bin Abdullah Kelali.

 

Manakala dengan tajuk, 'Taklimat Kesihatan Wanita' pula disampaikan oleh Pegawai Perubatan Kanan (Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji-Perubatan), Dr. Norsilmi Niza binti Haji Mat Zainin dan Pegawai Perubatan (Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji-Perubatan), Dr. Hajah Martina Melati binti Dato Seri Paduka Haji Kifrawi.

 

Taklimat juga turut mengingatkan para bakal jemaah haji NBD tentang dasar dan peraturan Kerajaan Arab Saudi yang perlu dipatuhi.

 

Antara yang turut disentuh mengenai maklumat berkaitan dengan penyakit-penyakit yang sering dihidapi di tanah suci dan permasalahan kesihatan semasa mengerjakan ibadat haji termasuk masalah kesihatan bagi jemaah haji wanita serta nasihat-nasihat kesihatan bagi menangani penyakit-penyakit dan permasalahan kesihatan tersebut.

 

Taklimat kesihatan bagi para bakal jemaah haji merupakan satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Urusan Haji dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Perubatan Haji, Kementerian Kesihatan.

 

Dengan adanya taklimat kesihatan, adalah diharap para bakal jemaah haji akan dapat mengambil langkah awal untuk menjaga kesihatan dan mematuhi segala nasihat diberikan agar sentiasa dalam keadaan selesa dan sihat sejahtera semasa melaksanakan ibadat haji.

 

Sementara itu, seramai 20 anggota Perubatan NBD terdiri daripada enam doktor dan 14 jururawat dilantik sebagai Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan) yang akan mengiringi bakal jemaah haji NBD bagi Musim Haji Tahun 1444H / 2023M.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06