FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Wira Fajar Didik Belia Sembahyang Berjemaah


 


 May 27th, 2023  |  07:52 AM  |   46 views

SERIA

 

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengungkayahkan Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah di Masjid bagi Tahun 1444H / 2023M bertempat di Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Lorong 3 Selatan, di sini.

 

Hadir pada program tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Program diisikan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid STKRJ Lorong 3 Selatan Seria, Awang Haji Noor Azhar bin Haji Harith dan diikuti dengan tazkirah Subuh bertajuk, 'Belia dan Keluarga' disampaikan oleh Pegawai Ugama i-Ready, Pusat Da'wah Islamiah, Awang Muhamad Waqiyuddin Fakhri bin Haji Damit.

 

Wira Fajar diselajurkan dengan bacaan Surah Al-Kahfi dipimpin oleh Belia Masjid, Awang Muhammad Irfan bin Haji Abdul Gapar serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dikepalai oleh Imam Masjid STKRJ Lorong 3 Selatan Seria dan diakhiri dengan Sembahyang Sunat Dhuha.

 

Majlis turut disertai seramai lebih 200 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid; Pegawai-pegawai Kerajaan; Persatuan dan Pergerakan Belia; Belia-belia Masjid serta penduduk sekitar STKRJ Lorong 3 Selatan Seria.

 

Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah di Masjid ini dihasrat dapat mendidik diri para belia untuk mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid serta memberikan pendedahan kepada para belia dengan mengisi aktiviti yang bermanfaat terutama sekali dalam mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid-masjid.

 

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann selaku Ketua Kampung Bukit Sawat; Setiausaha Tetap, KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap (Kesukanan), KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Setiausaha Tetap (Kebeliaan), KKBS, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin; Pemangku Pegawai Daerah Belait; serta Pegawai-pegawai Kanan KKBS.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06