FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat Rasmikan Pusat Komuniti YASKA


 


 May 27th, 2023  |  07:57 AM  |   235 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat merasmikan Pusat Komuniti Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA).

 

Majlis tersebut berlangsung petang tadi di Pusat Komuniti YASKA, Kampung Kiarong.

 

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Pengerusi YASKA, Dr. Hajah Norehan binti Haji Johari dan Timbalan Pengerusi YASKA, Dayang Tsara' Nawarah binti Abdullah Chen.

 

Bacaan Surah Al-Fatihah dan doa dipimpin oleh Pegawai Pelajaran, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohammad Nur Hadi bin Ismail.

 

Dr. Hajah Norehan dalam sembah alu-aluannya menyembahkan matlamat pusat komuniti adalah untuk memberikan sokongan berterusan kepada bekas pesakit kanser kanak-kanak dan membantu meningkatkan kualiti kehidupan mereka selain menjadikan tempat untuk aktiviti sosial dan rekreasi tempat pembelajaran akademik dan sokongan serta permainan 'therapeutic'.

 

Menurutnya, dengan meningkatkan kesedaran kanser kanak-kanak dalam masyarakat, orang ramai lebih mengetahui tanda-tanda awal kanser yang membawa kepada diagnosis awal dan rawatan dan meningkatkan kelangsungan hidup.

 

Alhamdulillah tambahnya, kematian akibat kanser pada kanak-kanak telah berkurangan daripada 31 peratus kepada 27 peratus dalam tempoh 12 tahun yang lalu.

 

Seterusnya, Yang Teramat Mulia berkenaan merasmikan YASKA dan disembah kenalkan kepada tujuh kanak-kanak bekas pesakit kanser berumur empat hingga 17 tahun.

 

YTM juga berkenan menyaksikan pameran yang memaparkan misi penubuhan YASKA, statistik kes kanser sejak 20 tahun lalu dan jenis-jenis penyakit kanser.

 

Seterusnya YTM dijunjung berangkat ke Bilik Serbaguna bagi menandatangani plak dan bergambar ramai.

 

YASKA adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang telah ditubuhkan pada 2 November 2011 dengan misi untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit kanser kanak-kanak, memberi sokongan moral dan kekuatan kepada ibu bapa dan keluarga dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti untuk pesakit kanser kanak-kanak.

 

Dengan pembukaan Pusat Komuniti YASKA ini, ia merupakan satu pencapaian yang besar bagi pihak YASKA untuk pesakit kanser kanak-kanak agar dapat menjalankan lebih banyak aktiviti setelah habis rawatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06