FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


287 Pelajar Cemerlang 2022 Diraikan


 


 May 30th, 2023  |  08:34 AM  |   91 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Anugerah Pelajar Cemerlang 2022 adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik khususnya di dalam peperiksaan awam serta sebagai dorongan juga galakan kepada pelajar-pelajar supaya lebih bersemangat untuk meraih kecemerlangan di masa hadapan.

 

Sehubungan itu, seramai 287 pelajar dari Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Kerajaan dan Swasta seluruh negara telah menerima anugerah masing-masing mengikut kategori yang telah ditetapkan.

 

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kementerian Pendidikan 2022 bagi pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan GCE 'A' Level (Peringkat Lanjutan), GCE 'O' Level (Peringkat Biasa) dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) telah diadakan petang tadi di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran oleh pelajar daripada Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Awang Ahmad Danish Hakimi bin Shufiady diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Dayang Marina Chek binti Bujang selaku Pengerusi Bersama Majlis.

 

Majlis diteruskan dengan tayangan video ucapan daripada wakil Cambridge Assessment International Education (CAIE) dan seterusnya penyampaian anugerah kepada para pelajar yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Sultan Sharif Ali, Awang Haji Mohd Zaidin bin Haji Mohd Noor.

 

Sebanyak enam kategori anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Cambridge Outstanding Achiever Awards (COAA); Anugerah Pelajar Cemerlang dalam GCE 'A' Level / Anugerah International Baccalaureate (IB); Anugerah Pelajar Cemerlang dalam GCE 'O' Level/IGCSE; Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate; Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR); dan Anugerah Pendidikan Khas (Jabatan Pendidikan Khas).

 

Setiap penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Cambridge (Cambridge Outstanding Achievers Award) menerima trofi, sijil pencapaian dan hadiah khas daripada Cambridge Assessment International Education (CAIE).

 

Manakala, bagi penerima-penerima Anugerah Pelajar Cemerlang GCE 'A' Level, GCE 'O' Level/IGCSE, Anugerah Khas GCE 'O' Level, Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate, Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Anugerah Khas Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pula, menerima trofi, sijil pencapaian dan wang tunai.

 

Acara dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Swasta dan Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama pihak CAIE.

 

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan turut memberikan penghargaan kepada ibu bapa/penjaga agar memberi sokongan dan dorongan yang berterusan kepada anak-anak mereka di samping memberikan pengiktirafan kepada pihak sekolah atas inisiatif yang dilaksanakan sepanjang tahun dalam mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan awam.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei; Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan daripada Kementerian Pendidikan; Pemimpin-Pemimpin Sekolah serta ibu bapa dan penjaga pelajar yang menerima anugerah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06