Home > Bahasa Melayu
Kembangkan Kerjasama, Hubungan NBD, Azerbaijan
May 30th, 2023 | 08:36 AM | 122 views
BERAKAS
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menerima lawatan daripada Deputy Chairman of The State Committee on Religious Association of The Republik of Azerbaijan, Gunduz Ismayilov dan rombongan, hari ini, yang dalam rangka lawatan ke Negara Brunei Darussalam (NBD) selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 Mei 2023.
Terdahulu, Gunduz Ismayilov dan delegasi membuat kunjungan hormat kepada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman bertempat di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan, KHEU, Jalan Dewan Majlis.
Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Tetap, KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.
Sejurus itu, sesi taklimat diadakan di Bilik Musyawarah, Tingkat 4, Bangunan Tambahan, KHEU. Taklimat dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli.
Delegasi Deputy Chairman of The State Committee on Religious Association of The Republik of Azerbaijan ke NBD adalah untuk memperkembangkan hubungan dan kerjasama antara institusi NBD dan Republik Azerbaijan dalam pengajian dan penyelidikan sains Islam serta membincangkan usaha penyelarasan dalam isu-isu Islamophobia pada peringkat antarabangsa.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]