FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Berangkat Bercemar Duli, Beramah Mesra Bersama Rakyat NBD Di Jordan


 


 June 2nd, 2023  |  09:42 AM  |   271 views

AMMAN, JORDAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk serta Penuntut Negara Brunei Darussalam (NBD) yang berada di Kerajaan Hasyimiah Jordan, hari ini.

 

Berangkat mengiringi baginda ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Hotel InterContinental Amman, Jordan, dijunjung oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Kerajaan Hasyimiah Jordan, Tuan Yang Terutama Haji Mahadi bin Haji Maidin dan Yang Di-Pertua (YDP) dan Naib YDP Persatuan Pelajar NBD di Jordan, Awang Muhammad Hisyamuddin bin Haji Mahadini serta Awang Muhammad Khairul Azmi bin Haji Hassan.

 

Sejurus selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung berangkat bagi menghadiri Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk serta Penuntut NBD yang berada di Jordan.

 

Kemudian, Doa Selamat dibacakan oleh Awang Amirul Amin bin Abdullah dari Universiti Jordan. Sebelum Majlis Santap bermula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah.

 

Terdahulu sebelum itu, YDP Persatuan Pelajar Negara Brunei Darussalam (Brunei Students' Union - BSU) di Jordan, dalam sembah alu-aluannya menyembahkan rasa syukur dan menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan kerajaan baginda atas peluang yang diberikan kepada mereka untuk mengikuti pengajian di luar negeri, khususnya di Jordan termasuk dihulurkan kemudahan-kemudahan seperti pengurniaan elaun untuk membiayai perbelanjaan tempat tinggal, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan perbelanjaan yang berkaitan.

 

Dalam menjunjung titah Kebawah DYMM semasa Majlis Haflut Takharruj Ke-5 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengenai peranan graduan untuk menjamin survival ugama dan negara serta penggunaan dan penguasaan bahasa Arab, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa Al-Quran, YDP BSU menekankan bahawa peluang belajar dengan 'masyaikh' dan ulama di pusat pengajian tinggi Islam di Jordan adalah sangat besar ertinya, agar para penuntut menjadi graduan yang memiliki ilmu pengetahuan ugama yang mantap yang dapat mengimbangkan tuntutan duniawi dan ukhrawi.

 

Manakala pengalaman berharga belajar dan hidup dalam suasana dan persekitaran di mana bahasa Arab adalah bahasa rasmi, dapat membantu dalam mempraktikkan dan memperkukuhkan penggunaan bahasa Arab.

 

Oleh yang demikian, bahasa Arab merupakan kunci bagi memahami rahsia-rahsia ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran, hadis Nabawi dan kitab-kitab muktabar.

 

Akhir sekali, YDP BSU menyatakan bahawa segala ilmu dan kemahiran serta pengalaman belajar yang diperoleh di luar negara ini akan dinilai untuk diguna pakai demi menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan masyarakat, bangsa, ugama dan NBD.

 

Kebawah DYMM kemudiannya berangkat bercemar duli dan beramah mesra bersama rakyat dan penduduk NBD termasuk pegawai-pegawai kerajaan serta para mahasiswa dan mahasiswi yang sedang mengikuti pengajian di universiti-universiti terkemuka di Jordan khususnya di dalam Pengajian Islam, Fiqh, Syariah, Usuluddin dan Kewangan Islam.

 

Majlis ini, antara lainnya, memberikan peluang keemasan kepada mereka untuk berjunjung ziarah di samping mengongsikan perkembangan pengajian masing-masing ke hadapan majlis Kebawah DYMM.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06