FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Penuhi Pensyaratan Taat Kepada Allah, Terhindar Dari Kesukaran


 


 June 2nd, 2023  |  09:46 AM  |   197 views

AMMAN, JORDAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menzahirkan perasaan gembira dan memanjatkan rasa syukur kerana dapat bersua muka dengan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam (NBD) di Jordan bagi membolehkan baginda untuk mengetahui keadaan mereka khasnya para pelajar yang sedang meneruskan pengajian mereka.

 

Bertitah sempena Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk serta Penuntut NBD yang berada di Kerajaan Hasyimiah Jordan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya menjelaskan bahawa meskipun jumlah para pelajar di Jordan adalah kecil, namun ia sangat bermakna kepada negara.

 

Oleh itu, dalam titah, baginda menyifatkan para pelajar berkenaan adalah bertaraf 'duta' kepada negara, bagi menjalinkan hubungan mesra di antara NBD dan Jordan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selanjutnya bertitah bahawa siapa yang mengenali para pelajar kita, dengan sendirinya adalah mengenali Brunei.

 

Jika elok mereka, titah baginda, maka eloklah Brunei. Begitu juga sebaliknya, kalau buruk mereka, maka buruklah Brunei. Untuk itu, tegas baginda, para pelajar hendaklah mengutamakan akhlak yang baik, dengan ugama pula menjadi pegangan yang kuat.

 

Menyentuh mengenai terlalu banyak anasir yang bergiat untuk membawa kepada keburukan di era globalisasi ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menekankan bahawa anasir-anasir ini ada di mana-mana, seperti di dalam rumah, sepejabat atau sekuliah dengan kita, atau di mana sahaja, sedang mereka itu, tidak mudah untuk dikenali, kecuali kalau ada petunjuk dan pertolongan daripada Allah, maka barulah kita akan terselamat daripada kejahatan mereka.

 

Untuk mendapatkan keselamatan itu, titah baginda, hendaklah memenuhi pensyaratan taat kepada Allah. Ke arah ini, baginda berharap agar para pelajar akan memenuhi persyaratan ini bagi memperolehi jalan keluar dan terhindar daripada segala kesusahan, sekali gus akan lebih mudah untuk mencapai kejayaan dalam pengajian, sebagai anugerah, atau balasan dari ketaatan mereka.

 

Kejayaan para pelajar, titah Kebawah DYMM lagi, adalah sentiasa diinginkan kerana mereka sangat diperlukan oleh negara sebagai agen pembangunan yang berkesan, sama ada pembangunan kebendaan mahupun pembangunan di bidang kerohanian.

 

Pada mengakhiri titah, Kebawah DYMM mengingatkan bahawa para pelajar berhadapan dengan masa depan yang serba sukar. Oleh itu, sumber tenaga manusia yang hebat adalah sangat diperlukan untuk menghadapinya, di mana sumber tenaga ini boleh didapati melalui pusat-pusat pengajian tinggi yang diiktiraf.

 

Dalam hubungan ini, titah baginda, para pelajar disifatkan sebagai orang-orang yang beruntung kerana berpeluang untuk menjadi pelajar di pusat-pusat pengajian tersebut, sekali gus berpeluang untuk menjadi pemimpin di masa hadapan. Untuk itu, jangan disia-siakan peluang berkenaan kerana peluang hanya datang sekali sahaja.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06